KUALA TERENGGANU: Kira-kira 1,000 penduduk Pulau Redang yang layak menerima vaksin bakal disuntik melalui program Jejak Vaksin Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sejurus Terengganu menerima bekalan vaksin tambahan yang dijangka tiba Julai ini.
Dekan Fakulti Perubatan UniSZA Prof Dr Harmy Mohamed Yusoff berkata pihaknya kini sedang melakukan persiapan awal seperti menyiapkan senarai nama penerima vaksin dengan dibantu Pejabat Daerah Kuala Nerus.
"Bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada bila kita akan dapat vaksin tersebut. Kita difahamkan bekalan mungkin lebih banyak pada Julai nanti jadi kita harap selepas itu kita boleh adakan program di kawasan tersebut (Pulau Redang) termasuk di kawasan pedalaman yang lain.
"Lagipun kita perlu segera laksanakan vaksinasi di kawasan pulau sebelum tibanya musim tengkujuh hujung tahun ini. Kalau masuk bulan September itu sudah susah untuk pergi. Tambahan pula, ramai penduduk di sana terlibat dalam industri pelancongan jadi pemberian vaksin ini dapat membantu memulihkan sektor pelancongan di pulau tersebut," katanya kepada pemberita pada program Jejak Vaksin UniSZA di Sekolah Kebangsaan Kesom di sini.
Beliau berkata proses vaksinasi terhadap penduduk di Pulau Redang itu bakal mengambil masa selama sehari atau satu setengah hari, bergantung kepada kapasiti pasukan atau bilangan sukarelawan yang terlibat.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin ketika lawatannya ke Terengganu pada 17 Jun lepas berkata negeri ini akan menerima lebih 200,000 dos lagi bekalan vaksin COVID-19 mulai bulan depan.
Dalam pada itu, Dr Harmy berkata Jejak Vaksin UniSZA yang bermula semalam merupakan sebuah program 'outreach' yang menyasarkan penduduk di kawasan pedalaman dan bertujuan meningkatkan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Terengganu.
Katanya, dalam tempoh enam bulan bermula Jun ini, lebih 15,000 suntikan vaksin bakal diberikan kepada penduduk pedalaman melalui program tersebut.
"Sukarelawan bagi program ini terdiri daripada pakar-pakar perubatan; pensyarah kejururawatan; pensyarah farmasi; jururawat; ahli farmasi; pelajar perubatan dan sebagainya.
"Selain itu ia juga disertai sukarelawan bukan dalam bidang perubatan seperti pensyarah daripada Fakulti Informatik dan Komputeran serta kakitangan sokongan. Pasukan ini berupaya memberikan suntikan vaksin antara 300 hingga 600 orang sehari dan jumlah itu boleh dipertingkatkan berdasarkan kepada keperluan semasa," katanya.
Dr Harmy berkata program outreach itu merupakan usahasama UniSZA dengan Kementerian Pengajian Tinggi; Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu; Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Jabatan Pendidikan Negeri Terenganu; dan kerajaan negeri Terengganu serta beberapa badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
Proses vaksinasi terhadap penduduk di Pulau Redang itu bakal mengambil masa selama sehari atau satu setengah hari. - Foto fail
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.