KUALA LUMPUR:Kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia dilihat masih dibelenggu perasaan ragu-ragu dan berpendirian atas pagar sama ada untuk menerima atau menolak suntikan vaksin COVID-19.
Memetik data kajian COVID-19 World Symptom Survey yang dikendali Facebook dan University of Maryland, Amerika Syarikat, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, 10 peratus lagi tegar untuk menolak pengambilan suntikan itu.
Beliau memberitahu, majoriti daripada golongan itu masih was-was mengenai isi kandungan vaksin terbabit sama ada halal atau sebaliknya.
"Daripada data yang diperolehi, majoriti daripada mereka masih ragu-ragu mengenai kesan sampingan dan juga mengenai isi kandungan sama ada haram atau halal," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Data kajian yang diperolehi sehingga 6 Februari lalu itu mendapati kadar responden dari Malaysia yang sanggup divaksinasi adalah 74.39 peratus.
Daripada keseluruhan 40.374 juta responden seluruh dunia yang mengikuti tinjauan ini, lebih 300,000 adalah rakyat Malaysia.
Suhazeli menjelaskan, bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan jawapan konkrit kepada mereka yang masih ragu-ragu.
BACA: Vaksin COVID-19 selaras tuntutan mencegah penyakit dan kemudaratan - Jakim
BACA: COVID-19: Lebih 70 peratus rakyat Malaysia sedia terima vaksin - Kajian
"JAKIM memainkan peranan baik termasuk mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan kepentingan vaksin dan hukum berkaitan," tambahnya lagi.
Katanya, angka semasa itu jelas tidak mencapai sasaran 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma menerusi tiga fasa.
Umavathi Ramayah
Wed Feb 10 2021
Suhazeli Abdullah berkata, 10 peratus rakyat Nalaysia tegar untuk menolak pengambilan suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail/AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO
WHO merancang untuk memberikan dos kedua vaksin polio oral kepada 119,000 kanak-kanak di kawasan berkenaan.
Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan bahawa kempen vaksinasi polio di utara Gaza terpaksa ditangguhkan berikutan pengeboman oleh Israel dan perpindahan penduduk.
Kerajaan belum cadang laksana program vaksinasi mpox di Malaysia
Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau mpox untuk rakyat negara ini.
Mendepani cabaran hepatitis di Malaysia
Stigma yang dikaitkan dengan penyakit hepatitis atau radang hati menjadi salah satu halangan kepada pengurusan penyakit itu dengan berkesan malah membuatkan orang ramai enggan melakukan saringan.
Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.
COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.
Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy
Khairy menegaskan komunikasi yang tepat dan jelas memainkan peranan penting untuk merubah gaya hidup masyarakat, sekaligus melindungi sistem penjagaan kesihatan.
Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.
JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids
Pasukan itu melibatkan pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan.
Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy
Khairy mengingatkan bahawa masih terdapat SOP yang perlu diikuti, untuk terus memastikan jangkitan COVID-19 stabil di negara ini.