KUALA LUMPUR : Sejumlah 258,773 dos diberikan di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara pada 30 Jun.

Daripada jumlah itu, data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan 163,756 adalah individu yang menerima dos pertama, manakala 95,017 adalah jumlah penerima dos kedua.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang sudah diagihkan meningkat kepada lebih 8.08 juta dos seluruh Malaysia setakat ini.

Daripada jumlah itu sebanyak 5.77 juta penerima dos pertama dan 2.3  juta bagi penerima dos kedua.