Vaksin COVID-19: 45.8% rakyat Malaysia sudah divaksinasi - Dr Adham

Umavathi Ramayah
Ogos 5, 2021 01:32 MYT
Dr Adham Baba memaklumkan sejumlah 230,053 dos pertama dan 264,161 dos kedua diberikan pada Rabu. -Gambar fail/BERNAMA
KIRA-KIRA 45.8 peratus atau hampir 15 juta daripada populasi Malaysia sudah menerima suntikan dos pertama, setakat Rabu.
Sebanyak 23.6 peratus atau lebih 7.7 juta penduduk lagi telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, dalam tempoh sama.
Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 494,214 dos telah diberikan semalam.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 4 Ogos 2021 ialah 22,646,581 dos. 494,214 dos pada 4 Ogos. Dos 1 : 230,053 Dos 2 : 264,161 Jumlah yg terima dos pertama ialah 14,941,585 orang. Daripada jumlah itu, 7,704,996 orang terima dos kedua.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/WE0ArCN2LY

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya, sejumlah 230,053 dos pertama dan 264,161 dos kedua diberikan dalam tempoh 24 jam pada Rabu.
"Dengan ini ia menjadikan angka keseluruhan melebihi 22.6 juta dos setakat ini," katanya dalam ciapan beliau pada Khamis.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 pada 4 Ogos 2021 ialah 494,214 dos. Dos 1 : 230,053 Dos 2 : 264,161 Sila daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM, Tel 1800888828 #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Buv18oYLHC

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lima negeri yang mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua tertinggi pada Rabu ialah Selangor dengan 109,957 orang, diikuti Kuala Lumpur (53,637), Johor (49,403), Sabah (40,962) dan Kelantan (32,026).
Menurutnya, 72 peratus daripada penduduk Lembah Klang sudah divaksinasi dos pertama dengan 31.8 peratus sudah melengkapkan dua dos vaksin.
Vaksin COVID-19 | 494,214 diberikan pada 4 Ogos
#COVID-19 #dos pertama #dos kedua #rakyat Malaysia #vaksin #PICK #Adham Baba #Khairy Jamaluddin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #Muhyiddin Yassin #Pelan Pemulihan Negara