Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah itu, 202,408 adalah bagi dos kedua.
Sementara 141,492 dos lagi adalah bagi dos pertama.
Negeri yang mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi adalah Selangor, Johor, Sabah dan Kuala Lumpur.
Penambahan vaksin harian ini juga turut menyaksikan 61.1 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksinasi mereka, dengan 81.5 peratus lagi sudah menerima satu dos suntikan.
Manakala jumlah kumulatif pemberian vaksin ini melebihi 33.38 juta.
Bagi peratusan keseluruhan populasi, 43.8 peratus sudah melengkapkan vaksinasi dengan, 58.5 peratus sudah menerima satu dos suntikan.