KUALA LUMPUR: Sebanyak 48.3 peratus atau seramai 15,772,760 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik dalam laman Twitter rasminya pada Ahad memaklumkan, setakat semalam juga, seramai 20,401,824 individu atau 62.5 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 36,141,604 dos.

Peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 67.4 peratus setakat semalam berbanding 66.7 peratus, pada Jumaat.


Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos diberikan, iaitu 165,942 merupakan dos kedua dan 134,559 adalah dos pertama.


PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bertujuan melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.