Vaksin COVID-19: 70.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

Astro Awani
September 9, 2021 00:47 MYT
Johor mendahului jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 24,000 dos bagi dos pertama dan lebih 31,000 dos kedua. -Bernama
JUMLAH suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 9 September ialah 320,452 dos.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, daripada jumlah itu 128,038 adalah penerima dos pertama.
Manakala 192,414 adalah penerima dos kedua.

Lebih 50% populasi keseluruhan Malaysia telah lengkap divaksinasi. Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 8 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/eDL9jschnP

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 8 September #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/VDHu4Dad3Y

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Johor masih mendahului jumlah dos harian tertinggi dengan lebih 24,000 dos bagi dos pertama dan lebih 31,000 dos kedua.
Ini diikuti Sabah, dengan lebih 9,000 dos pertama manakala dos kedua pula melebihi 24,000.
Turut mencatat angka memberangsangkan ialah Perak, Kuala Lumpur, Terengganu dan Pulau Pinang.
Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 37,392,241 dos.
Secara keseluruhannya, 89.5 peratus atau kira-kira 20.9 juta penduduk negara ini sudah menerima satu dos vaksin, manakala 70.5 peratus penduduk, atau 16.49 juta penduduk sudah lengkap menerima dua dos vaksin.
#COVID-19 #lengkap vaksinasi #populasi dewasa #JKJAV