GOMBAK: Lari bersembunyi ke dalam hutan dan sungai...
Itu antara helah yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Orang Asli berikutan rasa takut dengan kehadiran pegawai kesihatan di kawasan kampung mereka khususnya sewaktu program vaksinasi COVID-19 sedang berlangsung, ketika ini.
Perkara itu diakui sendiri oleh Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Kurau, Pulau Carey, Nengkak Anak Mat, yang terus nekad untuk memberi keyakinan kepada masyarakat Orang Asli mengenai kepentingan vaksinasi.
Walaupun sering dimomokkan dengan berita palsu mengenai vaksinasi, dia antara 27 orang Tok Batin di seluruh Selangor yang tampil menjadi individu pertama di kampungnya menerima vaksin itu sebagai memberi keyakinan kepada penduduk kampung.
"Saya tidak ada rasa takut apa… kadang-kadang Tok Batin di kampung, kita hendak beritahu kepada anak-anak buah kita.
"Sesetengah mereka itu bila klinik datang, mereka lari... lari ke hutan dan sungai. Kadang-kadang emak bapa bawa anak mereka ke sungai. (Kata mereka) demam tidak boleh kena jarum.
"Jadi, saya ingat baik saya pergi, biar saya rasa sendiri. Selepas itu saya balik, saya cerita kepada anak buah saya. Saya buat mesyuarat beritahu kepada mereka. Tiada rasa sakit, tiada rasa apa," katanya kepada pemberita selepas menerima dos pertama suntikan vaksin Pfizer- BioNtech di HOAG, di sini pada Sabtu.
Berkongsi lebih lanjut, warga emas berusia 85 tahun itu yang menghidap darah tinggi dan asma mengakui ada individu yang melarangnya daripada datang mengambil vaksin.
Namun, dia dan mereka yang lain tetap bersemangat untuk datang Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HOAG, sejak semalam lagi.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu menambah, dia berhasrat menjadi contoh kepada lebih 274 penduduk Orang Asli di kampungnya.
"Sesetengah ada (cakap tak payah pergi) tetapi saya datang juga sebab saya dengar jabatan mahu hantar ke sini (PPV HAOG).
"Nak keluar itu jauh… dari kampung saya nak keluar (kira-kira) satu jam setengah baru sampai pekan," katanya.
BACA: Semakin ramai Orang Asli setuju terima vaksin - Abdul Rahman
Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak, Hulu Selangor, Asu Dollah berkata, rata-rata penduduk Orang Asli di kawasannya terpengaruh dengan khabar angin di laman sosial.
"Saya sudah divaksin, tiada sakit, tiada apa... Saya akan beritahu kepada anak buah saya, jangan takut dan jangan dengar andaian-andaian di luar.
"Kita kena percaya dengan kerajaan, pejabat kesihatan, dan juga saya (selaku Tok Batin). Kita kalau sudah disuntik, ia dapat mengelakkan penyakit tertentu.
"Kalau boleh, anak-anak buah saya di kampung Tun Abdul Razak, jangan takut, curiga dan lemah semangat. Ambil lah vaksin ini untuk kesihatan kita," ujarnya yang berusia 63 tahun.
Selain itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Kuala Pangsun, Hulu Langat, Andak Pendek pula berkata, dia akan menjalankan kempen di kampungnya bagi memberikan penerangan berhubung vaksinasi.
"Contohnya di kampung saya itu memang pengaruhnya di Whatsapp, mereka banyak cerita mengatakan vaksin ini berbahaya kepada orang tua dan golongan-golongan berpenyakit.
"Tetapi saya ini memang diwajibkan, tidak kira macam mana saya pun hendak berasa (divaksinasi) juga sebab saya selalu keluar pergi pekan.
"Rasa takut juga kalau tidak kena vaksin, jadi saya pergi. Alhamdulillah tak rasa apa-apa," katanya.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 19 2021
Nengkak berkata dia mahu menjadi contoh kepada penduduk Orang Asli di kampungnya - Gambar Astro AWANI
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Vaksin COVID-19: Ada orang kampung lari ke dalam hutan - Tok Batin
Seramai 60 masyarakat Orang Asli termasuk 27 Tok Batin dari seluruh Selangor menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer di Hospital Orang Asli Gombak.