SIBU: Hari ini merupakan hari terakhir untuk penduduk di Sibu mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 fasa kedua kumpulan pertama yang dijadualkan pada awal April depan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting berkata, pendaftaran itu boleh dibuat menerusi dalam talian (e-mel) atau menghantar borang permohonan ke pejabat daerah Sibu.

"Sehubungan itu, saya meminta penduduk di Sibu untuk mendaftar sebagai penerima.

"Jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, mereka boleh mengisi borang permohonan beserta gambar dan diserahkan kepada pejabat daerah," katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

Selain itu, kata Ting, setakat ini, 3,831 borang permohonan sudah dihantar ke pejabat daerah manakala 210 penduduk Sibu menghantar menerusi e-mel di alamat [email protected].

"Bagaimanapun, pejabat daerah Sibu akan memberi keutamaan kepada penduduk Sibu yang berusia dan mempunyai ko-morbid," katanya.

 
Sumber Facebook Cting59