LEBIH 2.48 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Khamis.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 945 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 314 juta dos manakala India dengan 341 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 70 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil.

Manakala Jerman dengan 63 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 45 dan 44 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 33 juta dos didaftarkan, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina dan Thailand melebihi 7 juta dos.

Ini diikuti dengan Malaysia di tangga keempat dengan lebih 5 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos.