Sejumlah lebih 2.77 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Khamis.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.09 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 320 juta dos manakala India dengan 301 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 85 juta dos adalah Brazil dan melebihi 76 dos, United Kingdom (UK).

Manakala jerman dengan 69 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 36 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula melebihi 8 juta dos.

Ini diikuti Malaysia di tangga keempat denan lebih 6.3 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 5 juta dos.