KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 6 September adalah 326,476 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, daripada jumlah itu 134,307 adalah penerima dos pertama.

Manakala 192,169 adalah penerima dos kedua.

Johor terus mendahului jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 26,000 dos bagi dos pertama dan lebih 31,000 dos kedua.

Ini diikuti Sabah, dengan lebih 9,000 dos pertama manakala dos kedua pula melebihi 26,000.

Turut mencatat angka memberangsangkan ialah Kuala Lumpur, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang.

Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 terkini sebanyak 37,071,789 dos.

Secara keseluruhannya, 88.9 peratus atau kira-kira 20.8 juta penduduk negara ini sudah menerima satu dos vaksin, manakala 69.6 peratus penduduk, atau 16.29 juta penduduk sudah lengkap menerima dua dos vaksin.