LEBIH 2.72 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga Rabu.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.07 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 319 juta dos, manakala India dengan 294 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 80 juta dos ialah Brazil, dan melebihi 75 dos United Kingdom (uk).

Manakala Jerman dengan 68 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 dan 47 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 36 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula melebihi 8 juta dos.

Ini diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 6.3 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 5 juta dos.