KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 7 Ogos adalah 425,698 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan perkembangan ini menerusi perkongsian di Twitter pagi ini.

Daripada jumlah itu 186,035 adalah penerima dos pertama, manakala 239,663 penerima dos kedua.

Selangor merekodkan jumlah harian tertinggi dengan lebih 25,000 suntikan bagi dos pertama dan lebih 73,000 dos kedua.



BACA: Lebih 23.6 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam - Dr Adham

Ini diikuti Kuala Lumpur, dengan lebih 4,000 dos pertama manakala dos kedua pula melibatkan angka lebih 39,000.

Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 24,033,988 dos.

Secara keseluruhannya, 66.4 peratus atau kira-kira 15.5 juta penduduk negara ini sudah menerima satu dos vaksin, manakala 36.3 peratus penduduk, atau 8.4 juta penduduk sudah lengkap menerima dua dos vaksin.