KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 18 Ogos adalah 531,114 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, daripada jumlah itu 188,474 adalah penerima dos pertama.

Manakala 342,640 adalah penerima dos kedua.

Selangor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 12,000 dos bagi dos pertama dan lebih 96,000 dos kedua.

Ini diikuti Johor, dengan lebih 33,000 dos pertama manakala dos kedua pula melebihi 37,000.

Sabah juga mencatat angka memberangsangkan dengan lebih 27,000 dos pertama diberi manakala dos kedua pula melebihi 30,000.





Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 29,368,856 dos.

Secara keseluruhannya, 75.3 peratus atau kira-kira 17.63 juta penduduk negara ini sudah menerima satu dos vaksin, manakala 50.2 peratus penduduk, atau 11.74 juta penduduk sudah lengkap menerima dua dos vaksin.