Vaksin COVID-19: Lebih 56.9 peratus populasi dewasa lengkap dua dos

Astro Awani
Ogos 24, 2021 01:03 MYT
Johor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan 32,989 dos bagi dos pertama dan 38,045 dos kedua. - Gambar hiasan/ProtectHealth
KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 23 Ogos adalah 396,578 dos.
Daripada jumlah itu, 150,469 adalah penerima dos pertama manakala 246,109 penerima dos kedua.
Perkembangan tersebut dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter pagi ini.
Johor merekodkan jumlah harian pemberian vaksin tertinggi dengan 32,989 dos pertama dan 38,045 dos kedua.
Ini diikuti Sabah dengan 17,076 dos pertama dan 28,933 dos kedua.
Selangor juga mencatat angka memberangsangkan dengan 10,588 dos pertama diberikan dan 32,383 dos kedua.

Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 23 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/BNUPW1M4Sl

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 31,792,363 dos.

Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 23 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/1dJUX1cmK6

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Secara keseluruhannya, 78.9 peratus atau kira-kira 18.47 juta penduduk dewasa negara ini sudah menerima satu dos vaksin.
Pada masa sama, 56.9 peratus penduduk dewasa, atau 13.31 juta individu, sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 23 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/U0pRCcUKLs

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #populasi dewasa #suntikan vaksin #JKJAV