Vaksin COVID-19: PICK fasa pertama hampir capai sasaran

Astro Awani
Mac 24, 2021 04:03 MYT
Selangor mencatatkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 58,552. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hampir mencapai sasaran bagi fasa pertama apabila seramai 481,989 individu sudah menerima suntikan vaksin setakat Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian infografik di akaun Twitter miliknya memaklumkan, Selangor mencatatkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 58,552.
Ini diikuti Perak (49,451), Sabah (41,125), Kuala Lumpur (37,254) dan Sarawak (36,103) diikuti negeri-negeri lain seperti berikut.

Perkembangan terkini setakat 23hb March 2021 laporan harian pemberian dos pertama dan dos kedua vaksin Covid-19 mengikut negeri serta jumlah pendaftaran vaksin. Lindung diri, lindung semua pic.twitter.com/VM51SX2tB9

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan berkaitan, jumlah pendaftaran terkini penerima vaksin di MySejahtera juga menunjukkan peningkatan setakat Selasa dengan lebih 6.44 juta pendaftar (26.56 peratus).
Negeri yang merekodkan pendaftar tertinggi adalah Selangor dengan 1.84 juta diikuti Kuala Lumpur (568,047), Sarawak (501,262) dan Kedah (329,979) diikuti negeri-negeri lain seperti berikut.
Untuk rekod, program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing dengan sasaran fasa pertama untuk memvaksin sekurang-kurangnya 500,000 petugas barisan hadapan.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #vaksin #warga asing #kesihatan