WASHINGTON: Pentadbiran ubat-ubatan dan makanan Amerika Syarikat (USFDA) luluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak seawal usia 12 tahun.

Proses imunisasi bagi golongan kanak-kanak dijangka bermula dalam beberapa hari lagi.

Kebenaran ini bermakna golongan berusia 12 hingga 15 tahun akan diberikan suntikan dua dos vaksin berkenaan.

Menurut Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan Klinikal Pfizer, Dr William Gruber, langkah kritikal selepas ini adalah mendapatikan kelulusan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

"Kami gembira vaksin ini akan diberikan kepada golongan 12 hingga 15 tahun secepat mungkin, untuk manfaat mereka bagi menghasilkan imuniti kelompok.

"Langkah kritikal selepas ini adalah medapatkan kelulusan CDC.

"Ini merupakan vaksin yang patut disarakan dan mereka akan tentukan jika vaksin ini patut diberi kepada semua atau untuk keadaan tertentu sahaja.

"Harapan kami adalah ia akan digunakan bagi golongan berusia dari 12 hingga 15 tahun," katanya.

USFDA mengisytiharkan vaksin pfiser sebagai selamat berdasarkan ujian ke atas 2,000 sebelum ini.

Kajian mendapati golongan usia berkenaan menghasilkan antibodi lebih tinggi daripada golongan dewasa.

Dengan kelulusan ini, Pfizer kini mohon kebenaran sama daripada Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain.

Pemberian vaksin bagi kumpulan umur lebih muda bagaimanapun masih dalam kajian.