KUALA LUMPUR : Kerajaan baharu diharap dapat memperhalusi dan memberikan sokongan untuk memastikan remaja di bawah 18 tahun untuk diberikan suntikan vaksinasi.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik & Neonatologi, Dr See Kwee Ching, langkah ke hadapan ini dilihat penting selain memastikan program vaksinasi berjalan lancar.
Namun, sebelum sekolah dibuka tidak lama lagi, Dr See yang juga Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Sungai Buloh turut menggesa agar para guru, staf sokongan di sekolah divaksinasi sepenuhnya.
“Untuk kita melangkah ke depan kita perlu memastikan bahawa program vaksinasi kita berjalan dengan elok dan mencapai sasaran yang diberikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Malaysia dan ia perlu dicapai secepat mungkin.
“Maka, bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, harus diberikan sokongan supaya dapatkan vaksinasi segera.
“Ini juga sangat penting sebelum kanak-kanak kembalik ke sekolah, maka staf sokongan, para guru dan petugas sekolah juga perlu mendapatkan vaksinasi lengkap untuk mengurangkan risiko transmisi dari sekolah balik ke rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program AWANI Pagi yang membincangkan topik COVID-19 & Kanak-kanak: Kemana hala tuju kita pada Khamis.
Ini kerana jelasnya, berdasarkan kajian antarabangsa, sekiranya kanak-kanak dijangkiti, ia boleh menyebabkan penularan dalam kalangan keluarga dan mendatangkan risiko buat golongan rentan.
Justeru itu jelasnya, sebelum sekolah dibuka, penekanan ini yang perlu diberi perhatian oleh barisan kabinet baharu nanti.
Ia pada masa untuk memastikan kanak-kanak tidak mengisolasi diri dan kekurangan interaksi dek kerana perintah sekatan berpanjangan.
Sekatan berpanjangan boleh membantutkan pertumbuhan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak.
Justeru itu, Dr See menggesa agar satu titik penyelesaian perlu dicapai untuk memastikan pada masa hadapan tiada sekatan yang dikuat kuasakan sebaliknya merancakkan program vaksinasi dalam negara.
Sementara itu, Dr See turut berpandangan agar sistem sokongan yang lebih kukuh diberikan kepada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19.
Ini kerana implikasi yang dihadapi kanak-kanak akibat musibah yang tidak diduga ini boleh merencatkan pertumbuhan kehidupan mereka yang seterusnya menyebabkan kemurungan dari segi mental dan fizikal.
Jelasnya lagi, pihak berkepentingan perlu memainkan peranan mereka untuk memastikan mereka boleh meneruskan kehidupan mereka.
“Kita harus memastikan bahawa kanak-kanak dan keluarga diberi sokongan sewajarnya terutama bagi keluarga yang mengalami banyak musibah terutama ibu bapa meninggal atau salah seorang meninggal sewaktu COVID-19.
“Musibah itu menghasilkan sekumpulan yatim piatu, dan menyebabkan penderitaan yang tidak dijangka atau 'collateral damage'.
“Kesan jangka panjang pertumbuhan harus diberikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Manusia (JKM) dan komuniti secara menyeluruh supaya mereka boleh meneruskan kehidupan mereka,” jelasnya.
Malah sokongan daripada ahli keluarga lain juga perlu diberi penekanan untuk memastikan kesan yang dihadapi dapat diatasi.
BACA: Yatim piatu akibat COVID-19: 'Institusi' merupakan pilihan terakhir - Pakar
Terdahulu, media yang mendedahkan sejumlah 1,517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat virus COVID-19.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, angka direkodkan antara Mac tahun lalu sehingga Ogos itu disifatkan amat mendukacitakan dan perlu diambil langkah pembelaan sewajarnya.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Aug 26 2021
Dr See menggesa agar satu titik penyelesaian perlu dicapai untuk memastikan pada masa hadapan tiada sekatan yang dikuat kuasakan sebaliknya merancakkan program vaksinasi dalam negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.