BAGAN SERAI: Vaksin Pfizer-BioNTech sudah jelas didapati selamat untuk diambil oleh wanita hamil dan yang menyusukan anak mereka.

Bagaimanapun, bagi wanita hamil, vaksin itu, hanya akan diberikan ketika tempoh kandungan berusia antara 14 hingga 33 minggu.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menggesa, ibu-ibu yang hamil agar segera mengemas kini status mereka di aplikasi MySejahtera.

“(Vaksin) Pfizer didapati selamat untuk ibu mengandung dan Wanita yang menyusu anak. Disebabkan itu, kita (Kementerian Kesihatan) minta golongan ini agar sentiasa kemas kini di MySejahtera untuk diberikan suntikan vaksin berkenaan,” kata beliau yang ditemui ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini pada Jumaat.

Menurut Dr Noor Azmi, pemberian vaksin kepada ibu mengandung itu telah pun bermula.