KOTA BHARU: Perbuatan vandalisme serta masalah sosial adalah antara kesalahan yang dikesan di Stesen Kuarantin COVID-19 di Kelantan.
Penyelaras Stesen Kuarantin Kelantan, Kapten Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mohd Shafie Rosli, berkata selain itu, terdapat juga kes penghuni melarikan diri sebelum tamat tempoh kuarantin.
Katanya, semua masalah itu dikesan di Stesen Kuarantin Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, di sini, yang juga satu-satunya Stesen Kuarantin COVID-19 di negeri ini.
Katanya, itu adalah antara cabaran yang dihadapi petugas yang mengawasi stesen berkenaan.
"Kami telah mengasingkan lelaki dan perempuan... kita tak jaga sepenuh masa mereka di dalam. (Dalam) bilik mereka bebas bergerak.
"Walaupun dah bagi teguran... bila (petugas) keluar bilik berlakulah perkara tersebut... staf saya buat semakan (pemeriksaan) ternampak pesakit lelaki keluar bilik... keluar dari blok perempuan.
"Selain itu, ada juga yang yang lari dari stesen kuarantin... Ada empat atau lima kes... Mereka cabut besi, lari keluar dan datang balik... keluar sebab nak berbuka puasa di rumah.
"Untuk semua kes serta masalah sedemikian, kami akan terus buat laporan polis untuk siasatan," katanya di sini, pada Rabu.
BACA: Wanita didakwa buat laporan palsu dirogol di pusat kuarantin COVID-19
Beliau berkata, stesen kuarantin itu yang mempunyai blok asrama perempuan dan lelaki turut menempatkan bekas banduan yang perlu menjalani kuarantin.
Menurut Shafie lagi, sejak dibuka, stesen kuarantin itu telah menerima lebih 1,700 orang untuk proses saringan dan kuarantin termasuk 41 bekas banduan.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai 24 petugas yang mengawasi stesen berkenaan 24 jam sehari, dengan pengawasan lebih ketat dibuat terhadap bekas banduan serta penghuni yang kurang berdisiplin.
Muhafandi Muhamad
Wed May 26 2021
Shafie menunjukkan antara pintu jeriji yang pernah dirosakkan sebelum ini di Stesen Kuarantin Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa. - Gambar/ Astro AWANI
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
2 lelaki Myanmar ditahan terlibat sindiket pemalsuan slip kad UNHCR
JIM Kelantan menahan dua lelaki warga Myanmar disyaki terlibat sindiket mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR.
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Suspek kes tembak di KLIA pernah belajar di pondok
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
PGA tumpas 431 kes rentas sempadan, rampasan bernilai RM18.5 juta
PGA Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta di sempadan.
Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, salur Wang Ihsan lebih RM50 juta
Kerajaan Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan Wang Ihsan RM58.6 juta, pada minggu lepas.