KUALA LUMPUR: Kes pertama varian yang dibimbangi (VOC) Omicron melibatkan rakyat tempatan dikesan di negara ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun,yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.
"Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif. Kanak-kanak ini tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
"Semua ujian yang dijalankan ke atas ibu dan adik perempuannya iaitu ujian sebelum berlepas ke Malaysia, semasa ketibaan, pada hari kelima dan pada hari kesebelas menunjukkan keputusan negatif. Namun demikian kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR COVID19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Keputusan ujian RT-PCR kes semasa ketibaan didapati positif COVID-19 pada 7 Disember 2021," katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Khairy memberitahu, kanak-kanak itu tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
Menurutnya, KKM mengenal pasti kontak rapat kepada kes ini sebagai daripada ibu, adik perempuan, bapa, dan pemandu teksi yang membawa kes dan keluarganya dari KLIA ke tempat kediaman.
Khairy memberitahu, bapa kanak-kanak itu tiba di Malaysia pada 12 Disember lalu dan menjalani arahan kuarantin di sebuah stesen kuarantin swasta. Ujian RT-PCR bapa kes pada hari ketibaan adalah negatif.
Selain itu, katanya, KKM turut mengenal pasti 35 individu dalam penerbangan iaitu empat di baris tempat duduk di hadapan, belakang, sebelah kiri, dan sebelah kanan sebagai kontak.
"Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan dan pada hari ke-5 bagi kesemua kontak ini adalah negatif. Pemantauan kes dan kontak yang dikenal pasti dilaksanakan secara menyeluruh dari semasa ke semasa," jelasnya.
Menurutnya, KKM bersama Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah meneruskan siasatan lanjut termasuk siasatan kontak semasa dalam penerbangan. Buat masa ini, beliau menjelaskan, punca jangkitan kes masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, Khairy memaklumkan bahawa hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan, sebanyak 18 kes lagi menunjukkan kemungkinan varian Omicron dan kini sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh.
"Keputusan dijangka akan diperolehi pada esok (Jumaat)," ujarnya.
BACA: COVID-19: Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia
BACA: Kes pertama varian Omicron di Malaysia, 7 kontak rapat disah negatif COVID-19
BACA: Varian Omicron: Kes pertama telah jalani pemeriksaan ikut SOP - Hamzah
Umavathi Ramayah
Thu Dec 16 2021
Khairy berkata kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria. -Gambar fail/Astro AWANI
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.