Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk menasihati Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada perlu bercuti atau meletakkan jawatan sebelum siasatan penuh ke atas video lucah yang pernah dikaitkan dengan diri Presiden PKR itu sendiri selesai disiasat Polis DiRaja Malaysia (PDRM), tegas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Rentetan itu, Penyelaras Parlimen Jasin itu merayu PDRM untuk segera menyelesaikan siasatan forensik video lama Anwar untuk dilihat semula kedudukannya sama ada layak atau tidak untuk menjawat jawatan perdana menteri kelapan.
"Saya amat setuju dengan kenyataan Mohamed Azmin yang menasihati Anwar untuk cerminkan mukanya terlebih dahulu. Anwar harus tunggu gilirannya pula. Biar pihak PDRM jalankan siasatan terhadap semua video-video lucah yang dikaitkan dengannya terlebih dahulu.
“Saya sudah membuat laporan polis secara rasmi dan memohon agar PDRM dapat menjalankan siasatan forensik terhadap kesemua video-video lucah membabitkan Anwar dahulu bagi mengetahui sama ada ia tulen atau sebaliknya. Keseluruhan masyarakat kini bersyukur kerana isu fitnah terhadap Mohamed Azmin sudah terjawab secara rasmi.
“Kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah membuktikan kepada keseluruhan rakyat bahawa ada daya usaha jahat oleh kalangan tertentu dengan melibatkan jumlah kewangan yang amat banyak bagi menjatuhkan reputasi seterusnya mematikan karier politik Mohamed Azmin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
BACA: Azmin tidak dapat dikaitkan dengan video intim - Ketua Polis Negara
BACA: Anwar sambut baik sokongan MPP kepada Azmin Ali
Pada Khamis, Abdul Hamid mengesahkan Mohamed Azmin tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video intim.
Tegasnya, ia berdasarkan proses pengecaman wajah yang telah dijalankan oleh Cyber Security Malaysia mendapati ia adalah negatif.
BACA: Azmin bukan saingan saya jadi PM - Anwar Ibrahim
Dalam pada itu Khairuddin menegaskan, kenyataan Abdul Hamid itu sekali gus membuktikan rancangan fitnah jahat berkenaan berjaya dipatahkan oleh pihak penguatkuasa undang-undang.
“Syabas diucapkan kepada PDRM. Inilah yang membuatkan ramai daripada ahli-ahli politik di tanahair kita begitu kecewa dengan budaya jahat ini yang dirancang bagi menjatuhkan seseorang tokoh politik.
“Mohamed Azmin juga harus berhenti membuat kenyataan mengenai isu ini kerana ia adalah perbuatan membuang masa semata-mata. Kita bersyukur dan amat berharap Mohamed Azmin hanya menumpukan kepada kerja-kerja untuk memulihkan ekonomi dan membina semula negara.
“Kini, rakyat sudah dapat kepastiannya dan teori konspirasi yang dirancang untuk menjatuhkan karier politik Mohamed Azmin juga terbukti benar,” tegasnya.
Khairuddin turut memberi amaran kepada pihak yang mahu meneruskan niat jahat kepada Mohamed Azmin agar menghentikan segera niat itu kerana dakwanya mempunyai asas kukuh untuk membuat ‘pukulan balas’ seandainya gesaan itu tidak diendahkan.
Astro Awani
Fri Jul 19 2019
KHAIRUDDIN: PDRM dirayu untuk segera menyelesaikan siasatan forensik video lama Anwar untuk dilihat semula kedudukannya sama ada layak atau tidak untuk menjawat jawatan perdana menteri kelapan. - Gambar Facebook
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).