Presiden MMA Dr H. Krishna Kumar berkata, negara dan rakyat Malaysia masih belum bersedia sepenuhnya bagi
Antara sebab yang diberikan ialah bilangan farmasi dan ahli farmasi di negara ini masih belum mencukupi.
Malah, bilangan farmasi di kawasan pedalaman terlalu sedikit dan hanya tertumpu di kawasan bandar.
MMA melihat sistem pada masa kini banyak beri manfaat kepada rakyat terutama melibatkan penawaran dua perkhidmatan iaitu konsultasi dan ubat dengan satu caj berpatutan.
Pada masa sama, Kementerian Kesihatan yang bermesyuarat bersama beberapa agensi kementerian juga MMA telah memberi jaminan bahawa sistem itu tidak akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat.
Justeru, MMA menolak cadangan pelaksanaan sistem tersebut dan melihat perlu ada kajian khusus melibatkan pelbagai sebelum ia dibentangkan ke Parlimen.
Ikuti perbincangan di antara Raja Kohla Siva Ganesa Moorthy, seorang doktor dari Poliklinik Sungai Long dan Timbalan Presiden Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia, Lovy Beh yang disiarkan di Buletin Astro AWANI pada jam 7.45 malam tadi.
Sementara itu, Raja Kohla memohon maaf di atas kenyataannya dalam Astro AWANI 7:45 yang mengatakan ahli farmasi 'tidak profesional' untuk mengagihkan ubat-ubatan. Kenyataan itu katanya telah disalah tafsir.
Apa yang beliau maksudkan adalah ia satu "tindakan" tidak profesional.
Justeru beliau memohon maaf di atas kenyataan itu.