JOHOR BAHRU: VTL Darat membawa kegembiraan kepada seorang bapa yang sudah setahun tidak pulang bertemu keluarga.
Terutama anak perempuan bongsu berusia lima bulan.
Bali anak Jalang yang sudah 16 tahun bekerja di Singapura sebagai juruteknik penghawa dingin mendapat tiket pulang menerusi VTL Darat hasil bantuan pihak pengurusan kerjanya.
Katanya VTL lebih mudah dan murah berbanding Peraturan Ulang Alik berkala (PCA).
Dia mengambil cuti seminggu untuk meluangkan masa bersama keluarga dan akan pulang kembali menerusi VTL darat pada 5 Disember depan.
Malah mengakui tidak dapat tidur malam tadi kerana teruja bertemu keluarga.
"Ikut perasaan bercampur aduk. Rasa gementar, gembira pon ada juga kerana dulu masa PCA kita balik dikenakan kuarantin, VTL tidak perlu.
"Setahun lalu isteri baru melahirkan anak perempuan. Ini kali pertama saya bertemu anak saya. Kali ini saya ambil cuti seminggu dan akan pulang ke Singapura pada 5 Disember nanti.
"Untuk mohon VTL ini tak susah, cuma aplikasinya susah sikit, sebab semua orang nak balik, orang amik peluang sampai aplikasi tersekat.
"Tetapi pihak pengurusan usaha juga untuk dapatkan tiket," katanya.
Bali antara 45 penumpang bas pertama menerusi VTL Darat yang tiba di Larkin Sentral, Johor.
Sementara itu, bagi pengurus operasi, Kavin Raj Gunalan, dia mengambil cuti tiga bulan bagi membuat kejutan buat keluarganya.
Katanya dia tidak sabar menikmati nasi lemak dan teh tarik sebagai menu pertama apabila tiba di negara sendiri.
"Kali terakhir saya pulang ke Malaysia adalah 6 bulan lalu.
"Saya sangat bersyukur dengan kerajaan Malaysia dan Singapura untuk peluang ini.
"Saya pasti keluarga saya akan terkejut dengan kepulangan saya ini terutama sekali nenek saya," katanya.
VTL Darat memberi ruang kepada keluarga yang terpisah antara dua negara akibat pandemik COVID-19 untuk bertemu tanpa kuarantin.
Peluang itu dijangka membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan ekonomi khususnya kepada Johor.
Siti Nur Aqilla Omar
Mon Nov 29 2021
Bali antara 45 penumpang bas pertama menerusi VTL Darat yang tiba di Larkin Sentral, Johor. - Astro AWANI
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Kuota harian VTL darat ditambah mulai Isnin - Wee
Kuota harian bagi penumpang di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 kepada 3,420 orang mulai Isnin depan (14 Mac).
PRN Johor: Sukarelawan bantu bawa masuk undi pos rakyat Johor di Singapura guna VTL darat
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Singapura kerjasama dengan Malaysia perluas VTL darat - Laporan
Singapura sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk membenarkan pengembara yang lengkap menerima vaksin COVID-19 melintasi sempadan darat melalui mod pengangkutan lain.
Varian Omicron: VTL darat Malaysia-Singapura tidak terjejas - Hasni
Tiada gambaran pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat, akan ditutup semula susulan ancaman varian Omicron COVID-19.
350 pengembara VTL darat dari Singapura tiba di Larkin Sentral
Seramai 350 pengembara menaiki 12 bas dari Singapura telah tiba di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral di sini setakat tengah hari ini.
VTL buka ruang satukan keluarga terpisah akibat COVID-19
VTL Darat memberi ruang kepada keluarga yang terpisah antara dua negara akibat pandemik COVID-19 untuk bertemu tanpa kuarantin.
Terminal Larkin buat persiapan akhir untuk terima pengembara VTL darat mulai esok
Pastikan pelepasan pengembara VTL darat daripada Malaysia melibatkan seramai 1,440 orang dengan 32 perjalanan sehari, berjalan dengan lancar.
VTL darat rancakkan proses pemulihan ekonomi Johor - Hasni
Menurut Hasni, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) akan terus diperkasakan bagi mengelakkan tercetus semula penularan COVID-19.
Malaysia, Singapura laksana dry run bagi cadangan pembukaan VTL darat
Pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan Singapura sedang melaksanakan dry run bagi cadangan pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat melalui Tambak Johor yang akan dilaksanakan Isnin depan.
VTL darat: Hadiah buat pasangan, keluarga berjauhan
Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Link Kedua yang dijangka dilaksanakan Isnin depan (29 Nov), dianggap 'hadiah' buat pasangan suami isteri yang terpaksa berjauhan.