BANDAR SERI BEGAWAN: Pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) serta pengiktirafan untuk menggunakan MySejahtera dan BruHealth merupakan dua perkara utama yang diputuskan semasa lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke Brunei bermula Isnin.
Persetujuan yang dicapai di peringkat dasar hasil pertemuan empat mata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah itu sekali gus melegakan rakyat kedua-dua negara selain dapat merancakkan semula sektor ekonomi.
Pada masa ini terdapat lebih 25,000 rakyat Malaysia yang bermastautin di Brunei Darrussalam terdiri daripada pelbagai peringkat seperti golongan professional, penuntut dan yang bekerja di negara ini, selain penduduk Sarawak, terutama di kawasan sempadan, yang berulang-alik ke Brunei.
Penutupan sempadan negara akibat penularan wabak COVID-19 itu menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang telah dua tahun tidak pulang ke Malaysia bertemu anggota keluarga.
Menyifatkan kunjungan rasmi pertama beliau ke Brunei sebagai amat berjaya, Ismail Sabri berkata VTL antara kedua-dua negara bukan sahaja melalui penerbangan empat kali seminggu yang dicadangkan tetapi juga melalui jalan darat bagi kemudahan penduduk yang tinggal bersempadan dengan negara itu.
"Alhamdullilah, lawatan rasmi pertama saya selama dua hari ke negara Brunei Darussalam berlangsung dengan baik dan sempurna... kunjungan ini amat berjaya," kata Ismail Sabri pada sidang akhbar di akhir lawatan beliau sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
BACA: Malaysia-Brunei secara dasar setuju laksana VTL - PM
Kunjungan Perdana Menteri dan delegasi itu turut berkisar kepada perbincangan berhubung langkah-langkah untuk meningkatkan kerjasama ekonomi termasuk perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Brunei.
"Malaysia dan Brunei mempunyai banyak potensi dalam bidang ini," katanya sambil memberitahu nilai dagangan pada tahun lepas meningkat 70.4 peratus kepada RM8.03 bilion.
Beliau berkata perdagangan kawasan sempadan juga penting dengan nilai RM832.40 juta pada tahun lepas.
"Di samping penyertaan Petronas dan beberapa syarikat terkemuka Malaysia dalam kerjasama ekonomi Malaysia-Brunei, saya percaya kerjasama dalam bidang PKS (perusahaan kecil dan sederhana) serta kerjasama Sabah-Brunei dan Sarawak-Brunei berpotensi untuk ditingkatkan," katanya.
Antara perkara lain yang berjaya diselesaikan hasil kunjungan itu adalah isu persempadanan yang tertangguh dan projek Lebuh Raya Trans-Borneo yang menghubungkan Malaysia (Sarawak dan Sabah) dan Brunei, selain turut membincangkan isu-isu serantau iaitu Myanmar dan Laut China Selatan.
Mengenai persempadanan, kedua-dua pemimpin negara itu sepakat supaya Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama Persempadanan Darat yang dipersetujui pada 2011 di peringkat pegawai kanan diadakan pada kadar segera untuk memuktamadkan segera kawasan yang yang belum disusun dan ditanda.
Hubungan diplomatik yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Brunei amat istimewa dan membuka peluang kerjasama kepada kedua-dua negara dalam pelbagai bidang meliputi perdagangan, kesihatan, pertahanan, pelancongan dan pelbagai bidang lain lagi.
Hubungan itu berterusan melalui Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) yang merupakan platform tertinggi, penting bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama.
Pada tahun ini Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi ALC ke-24 di Kuala Lumpur dan Ismail Sabri mengalu-alukan keberangkatan Sultan Brunei dan delegasi ke Malaysia untuk menghadiri rundingan itu.
Ismail Sabri menyifatkan kesemua persetujuan yang dicapai semasa lawatan singkat beliau ke Brunei mencerminkan komitmen padu antara kedua-dua pihak ke arah peningkatan hubungan ke suatu tahap yang lebih tinggi dan mantap.
"Lawatan saya ini, walaupun singkat, tetapi amat bermakna kepada keakraban hubungan istimewa Malaysia-Brunei Darussalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (tiga, kiri) berkenan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) di Istana Nurul Iman. - Foto BERNAMA
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.