KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berhubung aktiviti lompat parti diperhalusi termasuk tidak membenarkan wakil rakyat yang melompat untuk bertanding selama satu penggal.
Shafie, yang juga Presiden Warisan berkata, langkah itu penting dalam usaha 'menghukum' seseorang wakil rakyat yang melompat parti.
"Kita mesti tegah budaya lompat parti ini daripada berleluasa dalam politik negara ini.,
"Dengan itu saya mencadangkan supaya wakil rakyat yang melompat tidak dibenarkan bertanding untuk satu penggal kerana (saya rasa) ia bukannya hukuman yang berat sangat," katanya ketika membahaskan RUU tersebut di Dewan Rakyat, di sini pada Rabu.
Selain itu, Shafie turut mencadangkan kepada Kerajaan untuk meneliti aspek kesaksamaan dalam memastikan RUU ini dilaksanakan bukan hanya di peringkat pusat tetapi juga di negeri-negeri.
Malah, katanya, RUU Antilompat Parti ini juga perlu dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana budaya lompat parti bukan hanya melibatkan ahli Parlimen tetapi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
"Kita juga mahu kerajaan memastikan ia bukan saja memberi pilihan kepada setiap negeri untuk melaksanakannya. Sebaliknya, setiap negeri juga perlu melaksanakannya secepat mungkin bagi membolehkan keadaan politik negara baik," katanya.
Shafie turut mempersoalkan perincian RUU itu tidak jelas mengenai gabungan-gabungan antara parti dan ahli-ahli.
"It must be spelt out, pengurusan undang-undang yang ada ini," tambahnya.
Mengakhiri perbahasan, Shafie menyokong RUU tersebut dan berharap mendapat sokongan padu daripada semua wakil rakyat bagi membolehkan satu titik permulaan kepada usaha membendung krisis politik negara.
Astro Awani
Wed Jul 27 2022
Shafie turut mempersoalkan perincian RUU itu tidak jelas mengenai gabungan-gabungan antara parti dan ahli-ahli. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
Isu rumah Bajau Laut: 'Boleh roboh, jangan bakar' - Shafie
Tindakan penguat kuasa merobohkan rumah yang dibina masyarakat Bajau Laut di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna disifatkan langkah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan setempat.
Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai ini tidak dapat dilaksanakan.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung
Berhubung cadangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri di Sabah, katanya, ia bukan perkara mudah kerana perlu mengambil kira kosnya.
Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.
Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank
Langkah tersebut, jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu bagi menambah pendapatan negara kerana institusi kewangan telah banyak kali meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie
Ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan.
Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis
Kita boleh belajar daripada jiran kita (Sarawak) di mana GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang begitu kukuh berada dalam satu blok.
Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie
Sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa diperolehi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bukanlah penyelesaian tuntas dalam kemelut politik Sabah.