Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya membayangkan dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekaligus menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azizah yang ceria ketika diminta mengulas kesediaannya menjadi Menteri Besar berkata ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.

Mengenai dakwaan beliau hanya akan menjadi Menteri Besar boneka sekiranya menggantikan Abdul Khalid, Azizah berkata perkara itu tidak memberi kesan kepada dirinya.

Azizah berkata beliau tidak kisah dengan dakwaan yang timbul berkaitan suaminya selepas mengumumkan dia akan menjadi Menteri Besar Selangor.

Wan Azizah menemani suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis tahlil dan sumbangan zakat kepada anak yatim di Masjid Permatang Nibong di Permatang Pauh.