Wan Azizah, Mat Sabu, Azmin sembah takziah atas kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah

Afiq Ariffin
Mei 22, 2019 04:59 MYT
Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara pada jam 8.50 pagi tadi. - Gambar fail
Berita kemangkatan Sultan Pahang kelima, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah turut dirasai oleh para pemimpin di negara ini.
Almarhum mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Rabu, jam 8.50 pagi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam entri terbaharu beliau di Instagram, merafak sembah takziah ke atas kerabat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas kemangkatan Almarhum.
"Innalillahiwainnailaihirajiun. Merafak Sembah Ucapan Takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN)"
BACA: Jenazah Sultan Ahmad Shah dimakam esok, rakyat Pahang berkabung 40 hari
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang menerusi akaun Twitter beliau.
"Merafak sembah takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keluarga serta seluruh rakyat Pahang di atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Semoga Allah merahmati dan mengampuni Allahyarham."

Merafak sembah takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keluarga serta seluruh rakyat Pahang di atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Semoga Allah merahmati dan mengampuni Allahyarham. pic.twitter.com/xeBMPpBWxg

— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) May 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga turut merafak sembah takziah kepada Yang Yang di-Pertuan Agong dan seluruh rakyat Pahang ke atas kemangkatan Almarhum
"Semoga Almarhum mendapat husnul khatimah dan rohnya dicucuri rahmat Allah SWT."

Merafa sembah takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah. Semoga Almarhum mendapat husnul khatimah dan rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. pic.twitter.com/nLjHCJMT1T

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) May 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, Pahang selepas solat Zohor esok.
#belangsungkawa #Institut Jantung Negara #mangkat #Mohamad Sabu #pemakaman #rakyat Pahang #salam takziah #Timbalan Perdana Menteri #Wan Azizah Wan Ismail