KUALA LUMPUR: Penglibatan wanita Malaysia dalam penguasaan politik negara terutama bagi jawatan Menteri dan Ahli Parlimen masih jauh ketinggalan berbanding lelaki, demikian menurut Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata menurut Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2020, skor wanita dalam sub-indeks penguasaan politik adalah yang terendah berbanding sub-indeks yang lain iaitu hanya 0.1.
"Begitu juga dengan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh (KPTB) iaitu hanya pada 55.3 peratus, kurang daripada standard 60 peratus untuk kategori negara membangun," katanya dalam wawancara sempena Sambutan Hari Wanita 2022 baru-baru ini.
Menyentuh mengenai penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan pula, Rina berkata hanya 17.2 peratus Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dalam sektor swasta disandang oleh wanita.
"Isu ini perlu diberi perhatian. Kajian sudah membuktikan penyertaan wanita dalam pembuatan keputusan menyumbang kepada tadbir urus organisasi yang lebih baik kerana mereka mampu menyuntik kepelbagaian untuk memastikan keperluan wanita di lapangan diambil kira.
"Di sektor awam pula walaupun telah melebihi sasaran 30 peratus, ia tidak harus berhenti di situ sahaja," katanya.
Justeru beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk terus meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai isu ketidaksamaan dihadapi wanita Malaysia menerusi Sambutan Hari Wanita 2022 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bertemakan 'Saksama Bersama', Rina berkata sambutan yang berlangsung serentak di peringkat antarabangsa bermula hari ini hingga Selasa (8 Mac) itu telah disesuaikan dengan konteks semasa negara yang masih berdepan halangan yang perlu ditangani dalam usaha mengangkat wanita ke peringkat lebih tinggi.
"Sambutan ini akan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada wanita, selain menjadi pusat setempat untuk kementerian dan agensi, badan korporat serta NGO menawarkan perkhidmatan khusus untuk wanita. Ia juga memberi peluang untuk pengunjung menyertai aktiviti kesukarelawanan untuk kesaksamaan bersama," katanya.
Sambutan Hari Wanita 2022 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa dan pelbagai acara menarik disediakan seperti pameran oleh agensi kerajaan, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO), jualan dan pameran produk oleh usahawan wanita.
Menerusi sambutan itu, KPWKM juga akan mengiktiraf ikon wanita bagi Anugerah Wanita Ikon 2022 dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan, kepimpinan, keselamatan, perundangan dan Anugerah Khas Tun Fatimah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Rina berkata menurut Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2020, skor wanita dalam sub-indeks penguasaan politik adalah yang terendah berbanding sub-indeks yang lain iaitu hanya 0.1. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.
Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.
Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki kerugian sebanyak RM120,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dua wanita.
Tidak ada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza - Erdogan
Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Abigail buktikan wanita pun hebat dalam gusti lengan
Tidak dinafikan sukan gusti lengan sering kali dikaitkan dengan golongan lelaki kerana memerlukan kekuatan tangan dengan majoriti atlet dilihat memiliki badan yang besar atau 'sado'.