KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya hari ini mengesahkan tentang kes seorang wanita dilaporkan jatuh dari tingkat empat kompleks berkenaan.

Pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan, kejadian tersebut dilaporkan berlaku tengah hari tadi.

Kes itu kemudian dikendalikan oleh pasukan tindak kecemasan pusat beli-belah berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Kami ingin akhiri pemakluman ini dengan mana-mana individu yang mengalami masalah kesihatan mental untuk menghubungi Talian Kasih di 15999 atau menghubungi Befrienders di 03-7627 2929," memetik kenyataan yang dikongsikan di akaun media sosial 1 Utama Shopping Centre.

 
Sumber Facebook 1Utama

 
Media difahamkan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya akan mengeluarkan kenyataan berkenaan kejadian tersebut dalam masa terdekat.


Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-76272929 atau e-mel kepada [email protected] selain di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube untuk bantuan.

Panggilan adalah percuma.