SEORANG wanita ditahan polis selepas didapati memecah masuk sebuah rumah di San Diego, Amerika Syarikat pada Khamis.

Jabatan Polis Coronado dalam satu kenyataan berkata, wanita berkenaan memecah masuk sebuah rumah, menukar kesemua kunci pintu dan mengaku rumah berkenaan miliknya.

Pemilik sebenar rumah itu dikatakan sedang bercuti ketika kejadian.

Insiden itu disedari jiran pemilik sebenar yang melihat aktiviti mencurigakan di premis berkenaan, lalu melaporkannya pada polis.

Beberapa anggota polis serta unit K-9 dibantu oleh unit udara dikerah ke lokasi dan mendapati kunci di pintu utama ditelah dirosakkan dan diganti dengan yang baharu.




Selepas disiasat, suspek mengaku rumah berkenaan miliknya dan telah menukar kunci pada pintu namun tidak dapat membuktikan dia pemilik sebenar.

Wanita itu kini ditahan reman dan akan disabit kesalahan memecah masuk rumah.