ISKANDAR PUTERI: Seorang warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di Blok F, Plot 29, Atarzia Park Forest City di sini pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamt (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 2.58 pagi sebelum sembilan anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi.

Beliau memberitahu, mangsa, Samsiyah Yakob, 66, jatuh dari bangunan tingkat 29 dan tersangkut di balkoni tingkat 16.

"Mangsa merupakan warga Indonesia yang mendapat status Pemastautin Tetap tinggal dan bersama-sama anak angkat berumur 13 tahun di rumah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 4.55 pagi.

Artikel asal di Sinar Harian