KUALA LUMPUR: Walaupun ramai warga kota telah memulakan perjalanan balik kampung bagi menyambut Aidilfitri, namun tidak kurang juga yang masih berada di ibu kota dan memilih saat-saat akhir untuk berbelanja bagi persiapan perayaan itu.
Tinjauan Bernama di beberapa pusat beli-belah yang sering menjadi tumpuan setiap kali menjelang hari raya mendapati, ia masih dipenuhi orang ramai pada petang ini dan dijangka bertambah sesak selepas waktu berbuka.
Pembantu pengurus Bath and Body Works di pusat beli-belah SOGO Amy Ariffin, 25, berkata kehadiran pelanggan yang bertali arus sepanjang pembukaan premis itu pada bulan puasa ini, menjadikan suasana di lokasi itu meriah.
"Pelanggan kat sini memang suka saat terakhir untuk membeli-belah. Terutamanya Jalan Tun Abdul Rahman (TAR) kan, kerana ada banyak promosi saat akhir.
"Kita memang setiap kali raya akan ada promosi. Mereka banyak beli untuk hadiah raya dan hantaran," katanya kepada Bernama hari ini.
Senada dengan Amy, seorang pekerja di kedai baju Melayu di bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Muhd Nasrat Mahir, 17, berkata pelanggan mula ramai selepas 4 petang sehingga 8 malam.
"Setiap hari ramai pelanggan, bukan sahaja saat-saat akhir nak raya ni, sebelum ini pun ramai pembeli," katanya.
Sementara itu di Pasar Malam Jalan TAR, seorang pelanggan Auni Saffiah, 18, berkata dia mengambil peluang tiga hari sebelum pulang ke Kelantan untuk datang ke pusat beli-belah itu bagi membeli kelengkapan raya, dengan harapan memperolehi harga murah.
"Alhamdulillah persiapan raya kali ni memang meriah berbanding dua tahun sebelum ini dan hari ini saya bersama keluarga, meluangkan masa untuk mendapatkan beberapa keperluan raya seperti tudung, kasut dan beberapa barangan lain lagi.
"Setakat ini, memang banyak kedai menawarkan harga yang murah dengan bermacam-macam promosi berbaloi dan potongan yang ditawarkan pula hampir 50 peratus," katanya.
Peniaga baju kurung di Pasar Malam Jalan TAR Kamarudin Husin, 55, pula berkata dia mula mengadakan promosi dan potongan harga pakaiannya, hari ini.
"Sepanjang berniaga di Pasar Malam Jalan TAR awal Ramadan ini, sambutan pembeli memang memberangsangkan dan dengan tinggal tiga hari lagi sebelum raya ini, pihak kami sedang menjalankan beberapa promosi menarik bagi melicinkan jualan.
"Saya memang menjangkakan lebih ramai pengunjung yang akan datang pada saat akhir ini, kerana mungkin mereka dah sedia maklum para peniaga akan mengadakan pelbagai promosi dan potongan akhir bulan ini," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
Walaupun ramai warga kota telah memulakan perjalanan balik kampung bagi menyambut Aidilfitri, namun tidak kurang juga yang masih berada di ibu kota dan memilih saat-saat akhir untuk berbelanja bagi persiapan perayaan itu. - Gambar fail/BERNAMA
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab
Comel pula nama panggilan Mek Nab!
Remy Ishak bawa anak balik kampung
Tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.
Aidilfitri: Tempahan hotel kucing penuh sejak Januari
Tempahan hotel untuk kucing peliharaan mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri
Dianggarkan sekitar 193 juta penduduk bergerak menuju ke destinasi masing-masing susulan cuti perayaan yang panjang tahun ini.
Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya
Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.
Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: Tol percuma bermula hari ini, aliran trafik dijangka meningkat
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.
PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.
Perantau Kelantan disarankan pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli
Pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, dinasihat agar gunakan laluan itu bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan.
Aliran trafik di PLUS mulai meningkat menjelang Tahun Baharu Cina esok
Trafik ke arah utara perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan dan Rawang Selatan menuju ke Rawang.