Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia yang berada di Filipina supaya berhati-hati susulan perkembangan operasi pasukan keselamatan menggempur kumpulan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara di Sabah.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ia meminta mereka "memberi perhatian kepada keselmatan dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam aktiviti seharian."
Kedutaan Malaysia di Makati City dan pejabat Konsulat di Davao City juga dalam keadaan terkawal dan terus dibuka.
Pihak berkuasa Filipina pada masa sama mengerahkan sekurang-kurangnya 50 anggota polis daripada pasukan anti rusuhan untuk berkawal di perkarangan pejabat kedutaan di Manila.
Wisma Putra dalam kenyataan itu menyebut, kumpulan 40 orang penunjuk perasaan itu dipercayai mewakili kumpulan kecil yang mahu menyuarakan pandangan mereka mengenai keadaan di Lahad Datu.
"Tunjuk perasaan itu bermula pukul 10.10 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi tanpa sebarang kejadian tidak diingini," kata kenyataan itu.
Sementara itu, media Filipina melaporkan kumpulan penunjuk perasaan itu membakar poster foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina Benigno Aquino III.
Dalam pada itu, Wisma Putra merakamkan terima kasih kepada kerajaan Filipina kerana memberi perlindungan keselamatan ke atas kedua-dua pejabat kedutaan dan konsulat Malaysia.
Astro Awani
Tue Mar 05 2013
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.