KUALA LUMPUR: Di sebalik namanya dikenali kerana sering membantu rakyat Malaysia ditimpa kecelakaan ketika mengembara di Thailand seperti nahas jalan raya, Abdul Halim Othman juga aktif mengajar ilmu fardu ain dan bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak Thailand.
Abdul Halim, 55, yang kini tinggal di Kampung Pak Bara, Wilayah Satun, Thailand selepas berkahwin dengan rakyat negara itu mula mengajar kanak-kanak berusia antara lima hingga lapan tahun sejak 12 tahun lepas di tadika Misbahuddin pada setiap hujung minggu.
Beliau yang lebih dikenali Cikgu Joe Satun berkata, tadika Misbahuddin yang terletak di mukim Ban Khuan itu bertujuan memberi peluang kepada kanak-kana daripada keluarga miskin sekitar kampung itu mendapatkan pendidikan asas Islam selain memartabatkan bahasa Melayu kepada generasi muda.
"Seperti sedia maklum, penduduk di Wilayah Satun yang bersempadan dengan utara Malaysia adalah majoritinya beragama Islam, berketurunan Melayu dan masih bertutur bahasa Melayu dalam loghat Kedah.
"Tapi kebanyakannya adalah generasi yang sudah berumur dan bagi golongan muda pula mereka mengalami proses asimilasi dengan budaya dan bahasa Thai terutama di sekolah kerajaan. Jadi, pendidikan sejak dari kecil seperti ini penting untuk mengekalkan warisan dan jati diri bangsa," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Abdul Halim yang mengusahakan sebuah perniagaan agensi pelancongan bersama isterinya itu berkata, generasi Melayu Wilayah Satun boleh bertutur bahasa Melayu loghat Kedah terutama ketika berada di rumah tetapi tiada pengetahuan asas penggunaan bahasa Melayu standard dan mereka bermasalah dalam aspek penulisan.
"Dari segi pertuturan mereka akan mengeja mengikut bahasa mulut, contoh ayer (air), carpoo (kapur) dan ada juga bercampur dengan bahasa Thai kerana bahasa utama di sekolah kerajaan adalah bahasa Thai... dan perkara ini yang saya cuba perbetulkan (ajar) sedikit demi sedikit," kata bapa kepada tiga orang anak itu.
Ditanya bagaimana kaedah digunakan untuk mengajar di tadika itu, Abdul Halim berkata, beliau banyak menggunakan kaedah menyebut, mengeja dan membatang suku kata abjad bahasa Melayu selain menggunakan kurikulum daripada Pusat Penyelarasan Tadika Selatan Thai (PERKASA).
Berkongsi bagaimana beliau boleh mula mengajar di tadika tersebut yang mempunyai kira-kira 200 murid dan lapan guru, Abdul Halim yang berasal dari Kampung Sungai Seluang, Lunas, Kedah berkata, ia bermula apabila beliau terpaksa menjaga kakak iparnya yang koma akibat kemalangan jalan raya pada 2011.
Menurutnya, sebelum kejadian itu, beliau bekerja bebas dalam bidang hartanah dan kerap kali berulang alik keluar masuk Malaysia-Thailand.
"Nak dijadikan cerita, kakak ipar saya yang kemalangan ini seorang janda dan dua anaknya masih belajar di luar negara manakala dua adik-beradik lain yang juga perempuan tinggal berjauhan. Jadi saya yang kerja tidak tetap dan mempunyai banyak masa terpaksa menjaganya.
"Selama enam bulan juga saya menjaganya termasuk berulang alik membawanya ke hospital sehinggalah beliau pulih. Lantaran lama saya 'tersadai' di Wilayah Satun dan poket sudah mula kering, saya pun mengambil upah membantu perniagaan bapa mentua menjual perkakasan dan secara tidak langsung saya menawarkan diri untuk mengajar di tadika itu sebelum membuka bisnes pelancongan sendiri," katanya.
Bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia itu turut menzahirkan kesyukuran atas ketentuan itu apabila kehidupan beliau kini turut berubah dengan menjadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan dan banyak melakukan aktiviti kemasyarakatan.
Sementara itu, penasihat tadika Misbahuddin, Alee Haura Wan Megat Abu Bakar berkata, hanya enam tadika di kampung Wilayah Satun mengajar bahasa Melayu standard menggunakan kurikulum PERKASA sementara tadika lain menggunakan kurikulum dalam bahasa Thai.
Beliau berkata, antara subjek yang diajar selain bahasa Melayu ialah Tauhid, Fiqh, Akhlak, Sejarah, Melayu Jawi dan al-Quran dengan guru diberi bayaran sebanyak 2,250 bhat (RM300) sebulan.
"Di sekolah kerajaan, tidak ada pelajaran agama dan bahasa Melayu standard. Bagi keluarga yang mampu mereka akan hantar anak-anak mereka ke sekolah swasta. Tadika Misbahuddin pula yang dibangunkan hasil usaha penduduk kampung adalah alternatif bagi membantu keluarga yang susah dengan yuran tahunan hanya 300 bhat (RM40)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
Abdul Halim atau dikenali sebagai Cikgu Joe Satun mula mengajar kanak-kanak berusia antara lima hingga lapan tahun sejak 12 tahun lepas di tadika Misbahuddin pada setiap hujung minggu. - Gambar BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Aidilfitri di Indonesia disambut meriah, turut dirasai warga Malaysia
Umat Islam di Indonesia hari ini bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mempertemukan keluarga dan sahabat handai dalam semangat kemesraan, kemaafan dan kebersamaan.
PM Anwar harap Nurul Ain kongsi situasi di Gaza sebaik pulang ke tanah air
Perdana Menteri meminta Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza untuk menjelaskan situasi di Palestin kepada rakyat di negara ini.
Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu
Bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600.
11 orang termasuk tiga rakyat Malaysia ditahan polis Indonesia kerana seludup PATI
Polis Indonesia menumpaskan kegiatan menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) dengan penahanan 11 individu, termasuk tiga warga Malaysia di Batam, Kepulauan Riau.
Wisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan
Mereka terdiri daripada seorang wanita dan dua anaknya yang merupakan warga Malaysia manakala suami warga Sudan.
Pergolakan di Sudan: Dua warga Malaysia dibawa keluar
Dua warga Malaysia berjaya dibawa keluar ke lokasi selamat di Khartoum, Sudan.
Warga M'sia ajar fardu ain, bahasa Melayu percuma kepada kanak-kanak Thailand
Abdul Halim mula mengajar kanak-kanak berusia antara lima hingga lapan tahun sejak 12 tahun lepas.
Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
Pihaknya menerima maklumat pada Jumaat, Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.
12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan terus jejaki warga Malaysia jadi mangsa penipuan kerja yang masih hilang - Saifuddin
Kerajaan Malaysia tetap akan menjejaki warganya yang masih belum dijumpai selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan sama ada di Kemboja, Laos, Myanmar atau Thailand.