PUTRAJAYA: Berkuat kuasa 4 Julai, warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri pas pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Buat permulaan, katanya pemansuhan tersebut hanya terpakai kepada warganegara Malaysia sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada pemegang pas sosial, pas pelajar dan penduduk tetap kelak.
"Kelonggaran ini bagi memudahkan warganegara kita kembali ke Malaysia, di samping keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap baik dan memuaskan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairy berkata ciri-ciri pas pengembara tersebut masih terpapar di aplikasi MySejahtera dan perlu dilengkapkan oleh pengembara bukan warga Malaysia sebelum memasuki negara ini.
"Selain pemantauan kes-kes COVID-19 dalam kalangan pengembara luar, ciri-ciri tersebut perlu dilengkapkan oleh mereka supaya Kementerian Kesihatan Malaysia berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet," katanya.
Sebelum ini, kerajaan menetapkan pengembara ke Malaysia termasuk warganegara dan bukan warganegara perlu mengisi pas pengembara, berfungsi memastikan pengembara melengkapkan borang deklarasi kesihatan dan selain pemberian Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Khairy berkata ciri-ciri pas pengembara tersebut masih terpapar di aplikasi MySejahtera dan perlu dilengkapkan oleh pengembara bukan warga Malaysia sebelum memasuki negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Tuck kongsi kegembiraan, sah warganegara Malaysia
Pemain tengah berusia 34 tahun dari Halifax, England membuat pengesahan itu menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya.
Warganegara Malaysia tidak perlu isi pas pengembara di MySejahtera
Pemansuhan hanya terpakai kepada warganegara Malaysia sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada pemegang pas lain.
Warga asing guna bas Smart Selangor dikenakan caj 90 sen
Warga asing yang menggunakan Bas Smart Selangor akan dikenakan caj sebanyak 90 sen bermula 15 Mac ini.
COVID-19: Kapasiti katil di MAEPS 2.0 ditambah - KKM
Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon berkata pembukaan dewan baharu di MAEPS itu susulan peningkatan kes COVID-19 yang berterusan.
Tiada Pas Lawatan Jangka Panjang: Anak, pasangan warganegara boleh mohon masuk Malaysia
Bagaimanapun, pertimbangan kebenaran masuk itu hanya untuk pemohon dari negara-negara yang dibenarkan masuk ke Malaysia sahaja.
3 kes baharu direkodkan, ini lima perkara utama sidang media KKM
Berikut merupakan lima perkara yang anda perlu tahu pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijalankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setakat 29 Jun.
Bila keadaan lebih baik, bukan warganegara boleh turut bersolat jemaah
Kerajaan memberi jaminan kebenaran solat berjemaah akan diperluaskan kepada bukan warganegara selepas keadaan menjadi lebih baik.
COVID-19: Kembali tiga digit, 270 kes baharu adalah PATI
Malaysia kembali merekodkan tiga digit kes positif harian COVID-19 apabila dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 277 kes baharu direkodkan.
Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.
'Berani kahwin, berani daftar, berani tanggung!' - Azis Jamman
Mana-mana individu yang berkahwin dengan bukan warganegara Malaysia digesa mendaftar perkahwinan mereka bagi mengelak kesulitan dihadapi anak pasangan itu kelak.