Kerajaan negeri gabungan Parti Warisan Sabah (Warisan) akan memberi kerjasama kepada kerajaan pusat bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk pentadbiran Malaysia yang lebih baik, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Sarifuddin Hata.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Warisan negeri berkata pendirian Warisan cukup jelas akan menyokong penuh segala dasar dan polisi kerajaan pusat yang akan dilaksanakan demi kepentingan rakyat Malaysia.
"Sabah ini sudah ketinggalan, sudah berpuluh tahun sejak Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri dan pusat tetapi kasihan orang Sabah, kasihan orang Tawau, kasihan orang Kalabakan, kerana kami (rakyat Sabah) masih bercakap mengenai soal jalan raya, soal keperluan asas.
"Sedangkan di Semenanjung Malaysia, sudah bercerita kereta api laju serta bangunan bertingkat-tingkat, jadi saya memohon kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) memberi tumpuan khusus kepada negeri Sabah," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Merdeka Rakyat dan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tawau di sini, pada Ahad.
Majlis itu disempurnakan oleh Wan Azizah yang juga Presiden PKR dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew serta menteri kabinet negeri dan wakil rakyat.
Dalam pada itu, Sarifuddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Merotai berkata Sabah memerlukan pembangunan sama seperti negeri di Semenanjung Malaysia dan untuk itu rakyat Sabah akan terus menyokong kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.
"(Tetapi) jangan lupa kami rakyat di Sabah dan saya ingin membawa timbalan perdana menteri melawat Kalabakan, saya ingin timbalan perdana menteri tidak naik helikopter ke sana tetapi menggunakan jalan raya bersama kami rakyat, lihat sendiri keadaan kami di Kalabakan ini, jangan macam menteri sebelum ini," katanya berharap lawatan rasmi pemimpin pusat ke Sabah berterusan.
Sementara itu, Christina yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata rakyat negeri perlu terus bersatu demi mengekalkan keharmonian negeri.
"Sambutan rumah terbuka Aidilfitri antara satu cara untuk rakyat mengeratkan silaturahim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 01 2018
Sarifuddin berkata Sabah memerlukan pembangunan sama seperti negeri di Semenanjung Malaysia dan untuk itu rakyat Sabah akan terus menyokong kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku terima permohonan mulai esok
Kabinet Negeri Sabah meluluskan program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dan bersedia menerima permohonan daripada peserta mulai esok, 1 Julai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Pelancong Korea 'serbu' Sabah, lapangan terbang sesak
Situasi berlaku susulan lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan mendarat di KKIA pada jarak masa yang dekat.
Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.
Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong tahun ini
Dalam mencapai sasaran itu, kerajaan negeri Sabah menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.
Langkah pinda Perlembagaan rakyat lahir di luar negara disifatkan kejayaan hak sama rata
Langkah meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia boleh mendapat kerakyatan secara automatik adalah kejayaan hak sama rata.
Kerjasama pembangkang dan GRS demi penuhi tuntutan rakyat - PH Sabah
Kesediaan Pakatan Harapan (PH) Sabah bekerjasama dengan kerajaan negeri bukan Memorandum Persefahaman (MoU) seperti yang dicanang pihak tertentu.
PH Sabah sedia jalin kerjasama bipartisan dengan GRS
Pakatan Harapan Sabah bersedia untuk kerjasama bipartisan bersama kerajaan negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun ingin merangka garis panduan yang jelas mengenai hubungan kerja mereka.