KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menghantar 'surat peletakan jawatan' Hassan A Gani Pangiran Amir kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, esok bagi mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai Adun Sebatik jika melompat parti.
Surat berkenaan akan turut diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media yang diadakan pada Isnin di Kota Kinabalu.
"Kami akan serahkan kepada Yang di-Pertua DUN terlebih dahulu dan salinannya kepada SPR serta Yang di-Pertua Negeri Sabah... esok atau lusa," katanya.
Surat peletakan jawatan itu dikatakan ditandatangani Hassan A Gani pada 10 September 2020 sebelum beliau menerima watikah pelantikan sebagai calon Warisan bagi kerusi DUN Sebatik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.
Rakaman video yang menyaksikan Hassan A Gani berikrar untuk setia kepada Warisan dan kesediaannya menandatangani surat berkenaan sebagai bukti keikhlasannya turut didedahkan kepada media.
Pada 25 Februari lalu, Hassan A Gani dikatakan mengingkari ikrar tersebut apabila mengumumkan meninggalkan Warisan dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Mohd Shafie berkata, Warisan tidak pernah memaksa mana-mana calon parti itu menandatangani surat tersebut sebaliknya mereka melakukannya atas kehendak sendiri untuk menjadi calon.
Tambahnya, surat tersebut ditandatangani di hadapan barisan peguam sebagai saksi.
"Bukan ada paksaan... tiada tekanan sebelum dia menjadi YB (wakil rakyat) dan semua YB kita minta lafazkan janji mereka selaku parti dan selaku pimpinan bahawa jangan khianati perjuangan ini.
"Mereka tandatangan idepan peguam kita, kita lantik peguam... mereka tandatangan ada saksi ada peguam.
"Mereka telah berjanji malahan berjanji atas nama Allah... mana ada paksaan...," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Mar 01 2021
Mohd Shafie berkata, Warisan tidak pernah memaksa mana-mana calon parti itu menandatangani surat tersebut sebaliknya mereka melakukannya atas kehendak sendiri.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.
Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild
Mukhti, 80 tahun, giat menjalankan aktiviti Wayang Kulit Jawa sejak berumur 15 tahun ini merupakan satu-satunya Tok Dalang di Kampung Sg Nibong.
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
Benarkah Tahun Melawat Perak hambar?
Ramai yang membandingkan TMP2024 dengan Tahun Melawat Melaka dan Tahun Melawat Perlis yang juga berjalan serentak pada tahun sama.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
UMNO Sabah, Warisan beri gambaran wujud kerjasama menuju PRN
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).