KUALA LUMPUR: Wartawan mempunyai peranan umpama adiwira dalam menangani penyebaran berita palsu di alam maya yang semakin menular seiring dengan perkembangan teknologi.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata peranan dan kepentingan wartawan sebagai sumber maklumat tepat tidak akan berubah meskipun media berdepan dengan perubahan corak penyampaian serta maklumat berikutan revolusi pendigitalan termasuk dengan pengenalan teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Tidak dapat dinafikan wartawan merupakan barisan hadapan untuk menyebar luas maklumat yang sahih dan benar kepada masyarakat," katanya ketika berucap pada acara pelepasan peserta Media Hunt Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Wisma Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata 49 kes berita palsu yang dicatatkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sejak Januari hingga penghujung April tahun ini telah disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu Teo berkata beliau amat menghargai sumbangan wartawan dalam memastikan kelangsungan dan kejayaan rancangan pembangunan untuk Malaysia MADANI termasuk teguran bernas dan berasas agar kerajaan dapat menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengenai penganjuran HAWANA 2023, Teo merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana yang bertungkus-lumus menggerakkan usaha dengan sokongan organisasi-organisasi media tempatan dan antarabangsa serta rakan-rakan penaja.
Pada acara Media Hunt HAWANA 2023 hari ini, Teo melepaskan 30 kenderaan melibatkan 120 peserta terdiri daripada pengamal media dari pelbagai agensi yang akan ke beberapa destinasi menarik, bersejarah dan penuh dengan warisan di Perak.
Bagi acara itu, hadiah disediakan hingga tempat ke-10, dengan tempat pertama akan meraih wang tunai berjumlah RM4,000, tempat kedua (RM2,500) dan ketiga (RM1,500).
Sambutan HAWANA 2023 yang mengangkat tema 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi' yang bertujuan memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas, berlangsung selama tiga hari mulai hari ini.
Majlis Kemuncak HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Teo berucap pada majlis pelepasan pertandingan mencari harta karun 'Media Hunt HAWANA' sempena sambutan Hari Wartawan Nasional 2023 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, hari ini. --fotoBERNAMA
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
1,454 kandungan 3R dalam media sosial diturunkan setakat ini - Teo
MCMC dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.
Sejumlah 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' dilaksana sejak Januari - Teo
Sebanyak 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) di 7,781 lokasi dilaksanakan Jabatan Penerangan (JaPen) dari awal Januari hingga 3 Mac.
Artis luar negara: Garis panduan Puspal dalam peringkat akhir pindaan - Nie Ching
Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sedang dalam peringkat akhir pindaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Teo nafi artis luar negara tidak dibenarkan menetap dua hari sebelum persembahan
Timbalan Menteri Komunikasi menafikan dakwaan bahawa artis luar negara tidak dibenarkan menetap di Malaysia dua hari sebelum persembahan dan perlu pulang dua hari selepas persembahan.
Buat aduan MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran - Nie Ching
Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada MCMC sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial tanpa kebenaran.
Pindaan Akta 588 dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang - Teo
Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.
'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Cashless Society catat 20,035 transaksi tanpa tunai setakat Februari - Teo
Program Cashless Society berjaya mencatatkan 20,035 transaksi tanpa tunai sejak program berkenaan mula dilaksanakan hingga Februari tahun ini.
'Pihak pertikai kod etika wartawan Malaysia perlu fahami prinsip yang terkandung'
Kod etika tersebut telah dikemas kini dan akan menjadi panduan bagi pemegang Kad Perakuan Media (KPM) dalam melaksanakan tugas mereka.
Pembinaan 287 menara komunikasi di Johor bantu capaian internet 100 peratus
Pembinaan 287 menara komunikasi baharu di bawah Jendela di Johor akan membantu capaian internet selular sebanyak 100 peratus di negeri itu.