KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Nur Asyikin Aminuddin berkata orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam talian.
"Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri daripada pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing.
Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan penyalahgunaan wang.
"Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita kerana menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan diri sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada urusan seperti ini," katanya.
Sementara itu Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi Mohammad Hafiz Hamidun berkata sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak terlibat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.
"Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.
"Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi," katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berkata pengguna perlu melihat sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak pengeluar.
"Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan kejahilan kita sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing. - Gambar fail
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
'Simple macam ni lagi okey' - Netizen komen penampilan Aina Abdul sambut Aidiladha
Aina memilih penampilan biasa iaitu jubah dan tudung berwarna hitam.
Tindakan bakar al-Quran di Sweden singgung perasaan 2 bilion umat Islam - Liga Arab
Menteri-menteri luar Majlis Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam pembakaran naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden.
'Mustahil kembali ke Syria, mahu bina kehidupan lebih baik' - Pelarian
"Saya fikir mustahil untuk pulang ke kampung saya di al-Qusayr, Syria. Saya berharap dapat ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama demi masa depan anak-anak."
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran
Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, pada Rabu.
Cuaca panas teruk, Zul Ariffin tetap syukur dapat tunai haji
Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Tindakan tidak hormat, merosakkan al-Quran adalah jenayah di Rusia - Putin
Presiden Vladimir Putin menegaskan kitab itu adalah kitab suci buat umat Islam dan harus dianggap suci oleh semua.
Sultan Johor kurnia 100 lembu sempena Aidiladha
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha hari ini.
Kedutaan Malaysia agih daging korban di Jakarta sempena Aidiladha
Kedutaan Besar Malaysia hari ini menganjurkan majlis korban dengan tema, 'Berkongsi Keberkatan' dan mengagihkan daging sempena Hari Raya Aidiladha.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran di Stockholm - Zambry
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di Stockholm.
Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander