Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dipilih sebagai presiden baharu MCA setelah mencapai kemenangan besar dalam pertandingan tiga penjuru malam tadi.
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.
Seorang lagi calon bagi jawatan itu, Ketua Pemuda MCA Bahagian Beruas, Ngoo Teck Keong, tidak mendapat sebarang undi.
Berikutan kemenangan itu, Wee, yang berkhidmat sebagai timbalan presiden selama satu penggal, menjadi presiden MCA ke-11, menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak mempertahankan jawatannya.
Sekutu Wee, Datuk Dr Mah Hang Soon pula memenangi jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 428 untuk mengatasi pencabarnya, Datuk Tee Siew Keong, yang mendapat 201 undi.
Keputusan pemilihan itu bagi penggal 2018-2021 diumumkan Ketua Pengarah Pentadbiran MCA, Datuk Lim Chin Hai di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini
Dalam respons segera kepada media, Wee berkata keputusan itu merupakan kelulusan anggota perwakilan kepada beliau dan Dr Mah untuk menerajui parti itu.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan yang telah memberi keyakinan kepada kami dan saya berharap pasukan yang dipilih akan menunjukkan kesungguhan dalam menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi," katanya.
Menjawab soalan pemberita, presiden baharu MCA itu berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat beberapa hari lagi untuk berbincang dengan barisan kepimpinan baharu bagi melakar arah tuju parti berkenaan.
Wee juga menggesa semua anggota parti itu supaya merapatkan kembali barisan dan bekerjasama bagi membina semula MCA.
Sementara itu, empat naib presiden baharu yang dipilih terdiri daripada Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Cheng, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Datuk Yew Teong Look.
Jumlah mereka yang mengundi ialah 66.27 peratus atau 21,468 daripada 32,397 anggota perwakilan bahagian yang layak mengundi.
Mereka juga memilih 25 anggota Jawatankuasa Pusat parti itu.
Ini kali pertama MCA menggunakan sistem pengundian secara terus dalam pemilihan parti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018
Wee Ka Siong (berdiri lima, kiri) bersama Mah Hang Soon (berdiri tiga, kanan) menjulang tangan bersama penyokong pada Pemilihan Jawatankuasa MCA di Wisma MCA malam tadi. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.
'MCA nak keluar BN, kami ucap terima kasih' - KJ
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata BN sebaliknya mungkin perlu mencari parti komponen mewakili kaum Cina yang lain yang boleh mewakili masyarakat berkenaan.
Gan Ping Sieu selar pihak ambil kesempatan ke atas kenyataan Duta Besar China
Bekas Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu menyelar sesetengah pengguna media sosial yang cuba memutar-belit kenyataan Duta Besar China Ke Malaysia, Dr Huang Huikang berhubung perhimpunan Baju Merah 2.
Pihak universiti jangan sekat kebebasan akademik - Gan Ping Sieu
CENBET membidas tindakan Universiti Islam Antarabangsa setelah membuat pembatalan mendadak ke atas sebuah forum mengenai GST pada Rabu.
Hentikan amalan isytihar cuti umum untuk PRK - Gan Ping Sieu
Gan Ping Sieu hari ini menggesa kerajaan negeri untuk menghentikan amalan mengisytiharkan cuti umum sempena pilihan raya kecil.
PM wajar jelaskan tindakan guna Akta Hasutan, kata Gan Ping Sieu
Datuk Seri Najib Tun Razak diminta memberi penjelasan berhubung pendakwaan menggunakan Akta Hasutan 1948, kata Gan Ping Sieu.
Liow Tiong Lai presiden MCA baru, Wee Ka Siong timbalan
Liow memperolehi 1,186 undi mengalahkan Gan Ping Sieu (1,000 undi) dan Ong Tee Keat (160 undi).
Pemilihan MCA bermula dengan pemilihan pemuda
Pemilihan bagi sayap Pemuda menyaksikan 69 calon bertanding merebut 34 jawatan, dengan jawatan Ketua Pemuda melibatkan pertandingan satu lawan satu.
Gan Ping Sieu janji beri wajah baru kepada MCA
Hasrat Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu jika menang jawatan presiden MCA pada 21 Disember ini.