WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul

Bernama
April 29, 2024 07:31 MYT
Tengku Zafrul berkata kedua-dua mereka membincangkan tentang peluang kerjasama dalam pelbagai sektor industri terutamanya sektor pertumbuhan tinggi. - Foto Akaun X Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi dengan saling memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain dalam industri tertentu akan dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman X hari ini sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi.
Tengku Zafrul berkata semasa pertemuan beliau bersama Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi, Bandar bin Ibrahim Alkhoreyaf kedua-dua mereka membincangkan tentang peluang kerjasama dalam pelbagai sektor industri terutamanya sektor pertumbuhan tinggi.
Bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan', WEF yang berlangsung dari 28-29 April itu disertai lebih 1,000 pemimpin dunia daripada 92 negara, termasuk ketua negara dan kerajaan, ahli pemikir dari sektor awam dan swasta, selain organisasi antarabangsa, institusi akademik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pertemuan bersama TYT Bandar bin Ibrahim Alkhoreyaf, Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi, kami membincangkan peluang kerjasama dalam pelbagai sektor industri, terutamanya dalam sektor pertumbuhan tinggi. Dengan memanfaatkan kekuatan satu sama lain dalam pic.twitter.com/79jREojj36

— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) April 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri mesyuarat itu atas jemputan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri.
Mesyuarat tersebut diadakan dengan matlamat untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai cabaran global berkaitan isu kemanusiaan, iklim dan ekonomi.
-- BERNAMA
#kerajasama Malaysia dan Arab Saudi #Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz #Forum Ekonomi Sedunia #WEF #Anwar Ibrahim