West Ham gagal manfaatkan aksi di laman sendiri

Astro Awani
Mei 9, 2021 23:21 MYT
Harapan West Ham United untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan dikecewakan Everton. -AP
HARAPAN West Ham United untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan dikecewakan Everton.
Kelab itu tumpas 1-0 di Stadium London dalam aksi Super Sunday.
West Ham gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri.
Sebaliknya Everton raih pendahuluan pada minit ke-24 menerusi Dominic Calvert-lewin.
Babak kedua juga menyaksikan West Ham gagal menyaingi Everton.
Kemenangan membolehkan Everton mencatat kelebihan tiga mata berbanding pesaing terdekat untuk kelayakan Eropah.
#bola sepak #West Ham United #Juara-Juara Eropah #Everton