APLIKASI mesej WhatsApp kini membenarkan pengguna untuk menyunting (edit) mesej yang telah dihantar.

Reuters melaporkan, fungsi ini membolehkan pengguna membuat perubahan atau memperbetulkan mesej yang telah dikirim mereka sebelum itu.

Dengan kemampuan ini, pengguna dapat mengubah teks, mengganti kata atau menambah maklumat baharu dalam mesej yang telah dihantar.

Proses suntingan ini juga tidak akan meninggalkan pemberitahuan atau notifikasi kepada penerima mesej mengenai perubahan yang dilakukan.

Bagi mereka yang sering membuat kesalahan ejaan atau ingin mengemas kini maklumat dalam mesej, fungsi suntingan ini memberi fleksibiliti dan kemudahan yang lebih besar.

Bagaiamanpun, WhatsApp mengingatkan bahawa penggunaan fungsi suntingan ini harus digunakan dengan teliti dan bertanggungjawab.

Pengguna juga perlu memastikan perubahan yang dibuat tidak menyebabkan salah faham atau mengubah maksud mesej asal.

Dengan penambahan fungsi suntingan ini, WhatsApp memberi pengguna lebih banyak kawalan dan kemudahan dalam berkomunikasi melalui platform mereka.