PUTRAJAYA: Kementerian Luar sedang memantau rapat perkembangan di Sudan, berikutan laporan pengambilalihan kerajaan oleh pihak tentera di sana.
Pada masa sama, kementerian akan terus berusaha melindungi kesemua kepentingan Malaysia di negara itu, termasuk Kompleks Petronas Sudan yang turut menempatkan kedutaan, dan Agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
"Perkara-perkara berkenaan termasuk kebimbangan Malaysia mengenai keselamatan rakyat kita di sana telah disampaikan kepada Kuasa Usaha Sudan, yang telah dipanggil ke Wisma Putra petang ini," menurut kenyataan Wisma Putra pada Isnin.
Menurut Kedutaan Malaysia di Khartoum, kesemua 42 rakyat Malaysia, termasuk 27 pelajar yang berdaftar dengan kedutaan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan pegawai kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan mereka.
BACA: Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
BACA: PM Sudan dan 4 menteri ditahan
Kementerian menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Khartoum menerusi saluran berikut:
Kedutaan Malaysia di Khartoum : Malaysia House, House 17, Block B21, Street Khalifa Abdullah, Al Riyadh, atau menerusi talian telefon +249 99 070 0350 atau e-mail: [email protected], atau media sosial: @Malawakil.Khartoum (Facebook) @MYEmbKhartoum (Twitter).
Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874201/4530 pada waktu pejabat atau di talian 03-88874570 selepas waktu pejabat .
Sementara itu, menurut pegawai di Khartoum pada Isnin tentera Sudan menahan Perdana Menteri Abdullah Hamdok dan pegawai kerajaan selepas beliau enggan menyokong apa yang disifatkan sebagai "rampasan kuasa".
Hamdok telah dibawa ke lokasi rahsia, lapor Agensi Anadolu memetik Twitter Kementerian Kebudayaan dan Penerangan.
Ketegangan memuncak antara tentera dan ahli politik sejak percubaan rampasan kuasa yang gagal di Sudan bulan lepas.
Sudan ketika ini ditadbir pihak berkuasa tentera dan awam dikenali Majlis Berdaulat, sementara pilihan raya yang dijadual pada 2023 diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021
Ketegangan memuncak antara tentera dan ahli politik sejak percubaan rampasan kuasa yang gagal di Sudan bulan lepas. - Gambar REUTERS
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Konflik Iran-Israel: Tiada keperluan mendesak bawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Lubnan dan Jordan
Wisma Putra sentiasa memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di tiga negara terbabit, dan tindakan membawa mereka kembali ke tanah air hanya akan dibuat jika mendapat arahan MKN.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
Situasi di Asia Barat stabil, tiada keperluan pindah rakyat Malaysia - KLN
Situasi semasa di Asia Barat kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati, kata Kementerian Luar hari ini.
Keluarga pelajar Sabah di Asia Barat diminta bertenang
Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang memantau keadaan itu di Mesir dan Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi tersebut.
Malaysia kutuk serangan kejam Israel ke atas sukarelawan Ops Ihsan di Rafah
Malaysia dengan tegas mengutuk serangan kejam yang dilakukan oleh Tentera Rejim Israel (IOF) terhadap konvoi bantuan kemanusiaan di Rafah pada Jumaat.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Malaysia alu-alukan seruan Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya hentikan jualan senjata ke Israel
Wisma Putra menyeru semua negara supaya memastikan Israel memenuhi obligasinya di bawah undang-undang antarabangsa.
Gempa bumi 4.8 magnitud melanda bandaraya New York dan kawasan sekitar
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Malaysia di New York, mengesahkan satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey.
Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Taiwan pada 10 pagi, Rabu, menurut Kementerian Luar Malaysia.