SHAH ALAM: Kerajaan perlu mewujudkan satu institusi bagi memantau dan melihat peruntukan kerajaan secara terus kepada bumiputera.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya berkata, ia kerana insentif bantuan yang diberikan tidak sampai kepada golongan yang memerlukan.
Beliau berkata, institusi kewangan sedia ada juga mempunyai birokrasi dan prosedur dokumentasi yang ketat.
“Kita tahu masalah bumiputera, masalah dokumentasi dan birokrasi antara dilema yang dihadapi oleh pihak institusi perbankan serta usahawan.
“Jadi bagi saya perkara ini harus dilihat dan dipantau serta perlu ada satu kerjasama antara pihak kerajaan dan juga usahawan untuk dibawa berbincang,” katanya.
Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar Edisi ke 299 yang bertajuk 'Dari T20 Ke M40: Apa Kesudahannya?' pada Selasa.
Turut menjadi panelis Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dan Pengarah Urusan Mak Cun Jutawan Sdn Bhd, Erma Fatima manakala Ismail Adnan selaku moderator.
Dalam pada itu, Aminuddin Yahya berkata, kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) perlu ditekankan oleh kerajaan untuk membantu usahawan bumiputera.
Menurutnya, perkara tersebut tidak dapat dinafikan apabila negara berada dalam sistem kapitalis yang masih menekan orang miskin.
“Walaupun kita ada bank Islam atau bank bercorakkan Islam tetapi kita masih katakan dalam kepompong kapitalis yang mana akhirnya hanya orang yang ada duit, berkhidmat untuk pihak bank akan ‘survive’.
“Tetapi bagi mereka yang ada masalah sedikit, bank tidak akan berkompromi, lambat dua bulan akan hantar surat bankrap.
“Konsep sistem kapitalis ini dan ekonomi yang sebegini sebenarnya tidak membantu usahawan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kempen BMF telah membantu ramai usahawan bumiputera sejak ia dilancarkan.
“Sebab itu kita memperkenalkan BMF, dan Alhamdulillah walaupun BMF tergugat seketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi apabila kita lancarkan dulu, puluhan usahawan yang saya jumpa mereka merasa begitu teruja dengan sistem ini.
“Ada antara mereka yang mengatakan perniagaan mereka meningkat tiga kali ganda. Maka rantaian BMF ini perlu sokongan kerajaan yang menjado antara agenda yang boleh menyelesaikan ekonomi orang Melayu,” katanya.
Jelas Aminuddin, pemangkin kepada penjanaan ekonomi tertakluk sepenuhnya kepada kerajaan manakala usahawan sebagai pelaksana.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/167779/KHAS/Wacana/Wujud-institusi-pantau-bantuan-tidak-sampai-kepada-golongan-sasar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Sinar Harian
Tue Oct 19 2021
Aminuddin menjadi panelis pada Wacana Sinar Edisi ke 299 yang bertajuk 'Dari T20 Ke M40: Apa Kesudahannya?' pada Selasa. - Foto Sinar Harian
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Wujud institusi pantau bantuan tidak sampai kepada golongan sasar
Aminuddin berkata, institusi kewangan sedia ada juga mempunyai birokrasi dan prosedur dokumentasi yang ketat.
Kalimah Allah: Pembela serah memorandum ke majlis agama setiap negeri
Badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyerahkan memorandum kes kalimah Allah di majlis agama setiap negeri.