PUTRAJAYA: Pembubaran Parlimen di masa akan datang dicadang hanya dilakukan apabila penggal tamat iaitu selepas lima tahun, supaya Pilihan Raya Umum (PRU) mempunyai tarikh tetap.
Penganalisis politik Prof Wong Chin Huat berpendapat selain memberi tarikh PRU yang lebih terjangka, Parlimen berpenggal tetap ini dilihat mampu memberi prospek lebih meyakinkan kepada pelabur asing, untuk melabur ke dalam negara.
"Bila PRU tiada tarikh tetap, ini menyusahkan rakyat di peringkat akar umbi, kalau anda seorang polis, cikgu penjawat awam, malah wartawan juga, tidak boleh rancang cuti untuk kenduri kahwin dan sebagainya.
"Ini pun menyusahkan menteri kerana tidak dapat buat perancangan jauh dan menyusahkan pelabur, kerana mereka tidak tahu bila kerajaan tukar," katanya.
Pensyarah dari University Sunway itu berkata demikan ketika pembentangan bertajuk Kestabilan atas Musyuwarah, bukan Dominasi: Peranjakan Paradigma Politik dalam Keluarga Malaysia, sempena Simposium Keluarga Malaysia : Pencapaian dan Harapan di sini hari ini.
Chin Huat berkata berbeza sebelum ini, di mana Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan PRU lebih awal sebelum tamat tempoh lima tahun, selepas ini, dicadangkan Parlimen hanya boleh dibubar di bawah dua keadaan.
"Apabila perdana menteri hilang kepercayaan dan jika dua pertiga ahli Parlimen mahukan pembubaran awal, maka dia (perdana menteri) boleh memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
"Jika tidak, biarkan Parlimen habis (lima tahun), ini juga bermaksud (dalam keadaan sekarang) kerajaan harus diberi peluang habiskan kerja sampai 15 Julai 2023," katanya.
Sementara itu Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz dalam pembentangannya bertajuk Undang-Undang dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia berkata pencapaian pentadbiran kerajaan yang diketuai Ismail Sabri dalam konteks undang-undang adalah amat baik.
"Ini kerana pihak legislator (Ahli Parlimen), telah berjaya meluluskan lebih kurang 40 Rang Undang-Undang, termasuk beberapa undang-undang penting, tiga RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan, termasuk bagi membaikpulih hubungan dalam sebuah negara Persekutuan dan banyak pindaan Akta," katanya.
Beliau berkata kejayaan menggubal undang-undang anti bertukar parti juga adalah satu lagi pencapaian besar, di bawah pentadbiran Ismail Sabri.
"Walaupun undang-undang ini belum lagi pasti berjaya menghalang perubahan kerajaan pada masa akan datang, namun sekurang-kurangnya ia dapat 'menyukarkan' perkara ini untuk berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Parlimen berpenggal tetap ini dilihat mampu memberi prospek lebih meyakinkan kepada pelabur asing, untuk melabur ke dalam negara. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
PKR Kelantan perlu lipat ganda usaha tambah keahlian - Nurul Izzah
Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Okt depan.
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Keputusan tidak kosongkan kerusi dibuat selepas semua perkara dikaji - Johari
Keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu dibuat selepas semua perkara dikaji, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.