TEHRAN: Amerika Syarikat, Iran dan wakil Eropah mengakui masih wujud perbezaan ketara antara Washington dan Tehran berhubung pematuhan terhadap perjanjian nuklear.

Washington bagaimanapun optimis satu perjanjian boleh dicapai dalam tempoh beberapa minggu sekiranya Iran komited dalam isu itu.

Ketua Perunding Nuklear Iran, Abbas Araqchi bagaimanapun berpendapat prospek rundingan masih jauh.

Kata Abbas, banyak isu dianggap tidak boleh dijangka, justeru pihaknya tidak boleh meletakkan sebarang rangka masa untuk memuktamadkan rundingan.

Pegawai Kanan Washington kembali ke Vienna minggu ini untuk rundingan tidak langsung dengan Iran bagi pusingan keempat.

Rundingan tertumpu kepada isu bagaimana Tehran boleh kembali patuh kepada Perjanjian Nuklear 2015.

Amerika Syarikat meninggalkan perjanjian itu pada 2018 di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump.