Kerajaan perlu wujudkan satu sistem yang jelas dan terperinci untuk melaksanakan kawalan kepada dana politik.
Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara tersebut penting sebagai garis panduan untuk menjadikan sistem politik Malaysia lebih telus.
"Perkara ini tidak banyak disentuh (semasa pertemuan bersama PM tempoh hari), tetapi paling penting ialah untuk memastikan sistem ini betul.
"Biar apa pun, politik tetap memerlukan dana dan kita tak boleh lari daripada hal terbabit," kata beliau semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan Saintifik Optometri Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
Memberi contoh Amerika Syarikat, Subra menganggap sistem yang baik mampu membolehkan kawalan ke atas dana politik lebih telus.
"Pemilihan Presiden AS adalah yang paling mahal di dunia.
"Kemungkinan mereka kumpul dana semestinya besar dan mereka punyai sistem untuk melakukannya.
"Jadi, kita harus lihat bagaimana untuk membuat sistem yang betul, jalankan dengan telus agar tiada masalah di masa depan," tambahnya.
Bagi Subra, MIC bersedia untuk melakukannya kerana ia adalah yang keputusan yang baik untuk masa depan.
BACA: PM umum penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik
BACA: PAS sedia isytihar dana politik
BACA: Sumber dana untuk parti politik perlu pemantauan - Paul Low
Hilal Azmi
Sat Aug 15 2015
SUBRAMANIAM: Sistem yang jelas penting sebagai garis panduan untuk menjadikan sistem politik Malaysia lebih telus. - Gambar Fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.
Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah - Setiausaha Agung
Parti itu anggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.
Isu dana judi: Parti disiasat tidak perlu panik, kelam-kabut - Azalina
Siasatan berhubung dakwaan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak terhenti pada satu agensi sahaja.
Dana politik: "Bukan hanya pembangkang, pemimpin kerajaan turut disiasat" - PM Anwar
Pihak penguatkuasa sahkan bahawa siasatan terhadap pemimpin kerajaan turut dilakukan, kata PM.
[KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik
Maruah diri tidak lagi bernilai tetapi kedudukan dan wang ringgit menjadi kayu ukur kejayaan seseorang. Maruah negara di mata dunia tidak diperdulikan hanya kerana ingin mengekalkan kuasa.
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
Pembelian undi tidak kira apa istilah tetap satu kesalahan - G Manimaran
Bukan hanya libatkan pemberian wang semata-mata tetapi jamuan dan tiket juga dikira elemen rasuah membeli undi.
RUU Pendanaan Politik: DAP gesa libat urus dengan parti pembangkang
DAP menggesa agar sesi libat urus mengenai kandungan RUU tersebut diadakan juga dengan parti pembangkang.
RUU Sumbangan Politik larang terima dana daripada pihak berkaitan kerajaan
Turut dimasukkan ialah larangan menerima sumbangan daripada GLC dan syarikat yang menerima lesen atau geran daripada kerajaan.
Dana politik: 'Hanya Muhyiddin yang boleh tentukan' - Tun Mahathir
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.3 juta seperti yang didakwa baru-baru ini.